HomeGen AlphaPilihan EditorProjek lestari alam di sekolah buahkan hasil lumayan, galak penglibatan guru dan...

Artikel Berkaitan

Projek lestari alam di sekolah buahkan hasil lumayan, galak penglibatan guru dan pelajar

Projek bercucuk tanam di sekolah dapat memupuk semangat berbakti pada tanah dalam kalangan guru dan pelajar sekolah.

Itulah yang dilakukan Guru Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan Bandar, Kota Tinggi, Johor, Zaini Ibrahim, 55, yang menjayakan projek lestari alam di sekolahnya.

Baca juga

Inovasi sistem fertigasi kitar semula, galak pelajar ceburi bidang pertanian

Pelajar UPM jalankan keusahawanan fertigasi cili

Difahamkan, projek ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Daerah Kota Tinggi, Mohamad Fadil Ishak, baru-baru ini.

Menurutnya, inisiatif tersebut pada mulanya dilakukan sebagai sebahagian aktiviti unit kokurikulum sekolah berkenaan.

Guru asal kelahiran Singapura ini sememangnya suka bercucuk tanam.

“Tujuan projek lestari alam dilaksanakan kerana terdapat kawasan dalam SK Bandar untuk bina tapak bercucuk tanam.

“Idea ini terbit sejak 2020 daripada saya dan setiausaha kokurikulum yang sukakan kehijauan alam sekitar, jadi, kami pun buat secara langkah demi langkah.

IKLAN

“Rancangan ini di bawah Projek Lestari Alam Sekitar iaitu Kelab Pencinta Alam Sekitar,” katanya ketika dihubungi Sinar Bestari, pada Isnin.

Guru yang terlibat adalah guru penolong kanan, setiausaha kokurikulum dan Guru Ketua Penasihat Kelab Pencinta Alam Sekitar, manakala, penglibatan murid pula terhad pada waktu lapang sahaja.

Zaini juga memaklumkan guru-guru berkenaan bertanggungjawab memberitahu perkembangan projek cucuk tanam kepada ahli kelab dari semasa ke semasa

“Projek ini ditempatkan di tujuh kawasan di mana kerja membaja dan menyiram dilakukan oleh setiausaha kokurikulum, guru pencinta alam sekitar dan pekerja pembersihan secara fertigasi.

Kebanyakan tanaman di SK Bandar menggunakan kaedah fertigasi.

“Fertigasi bermakna kita telah tetapkan masa satu jam untuk mesin pam air berjalan selama lima minit bagi memberikan air kepada tanaman,” ujarnya.

IKLAN

Dapat sokongan

Mengakui usahanya bersama rakan-rakan seangkatan tidak akan membuahkan hasil tanpa sokongan pelbagai pihak.

“Projek fertigasi kami telah mendapat peruntukan RM10,000 daripada Jabatan Pertanian Malaysia dan juga Jabatan Pertanian Kota Tinggi.

“Projek-projek seperti tanaman lada, pokok bunga dan juga sayur-sayuran kami telah jual kepada ibu bapa, guru serta peniaga di sekitar Bandar Kota.

“Sepanjang 2021 kami berjaya mengumpulkan hasil jualan sebanyak RM1,140 dan duit tersebut akan digunakan untuk aktiviti kokurikulum,” katanya.

IKLAN

Tambahnya lagi, inisiatif menghijaukan kawasan sekolah itu juga mendapat bantuan daripada individu perseorangan.

Zaini menyifatkan halangan dalam menjayakan projek melestarikan alam sekitar itu wujud.

“Cabarannya banyak, dengan keadaan cuaca yang panas, hujan, keberadaan guru yang jauh dari sekolah dan juga ancaman monyet-monyet liar.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

“Monyet liar akan menyerang dengan mencuri tanaman-tanaman kami untuk dimakan,” katanya.

Beliau berkata projeknya mendapat sambutan apabila tanaman nanas dijual kepada ibu bapa dan guru.

SK Bandar berjaya membekalkan tanaman cili secara pukal kepada sebuah restoran.

Sementara itu, cili pula dijual secara pukal kepada sebuah restoran yang sedia mengambil produk keluaran sekolah.

Beliau berharap projek melestarikan alam sekitar di SK Bandar dapat diteruskan oleh guru-guru yang mempunyai usaha, minat dan cinta kepada tanaman hijau.

 

IKLAN

Artikel Terkini