HomeGen ZInovasiInovasi sistem fertigasi kitar semula, galak pelajar ceburi bidang pertanian

Artikel Berkaitan

Inovasi sistem fertigasi kitar semula, galak pelajar ceburi bidang pertanian

Pengubahsuaian sesuatu barangan dengan menambahbaik menjadi produk baharu itu dipanggil inovasi.

Ia boleh dilakukan dengan barangan kitar semula dan tidak memerlukan bajet yang tinggi, contohnya dalam teknologi pertanian.

Baca juga

Penyelidik UPM hasilkan bekas makanan biodegradasi berasaskan sabut kelapa, optimum sisa pertanian

Penglibatan belia penting untuk ‘remajakan’ sektor pertanian

Sistem fertigasi adalah contoh inovasi pengairan serentak yang memerlukan larutan baja disalurkan ke akar tanaman.

Model ini terdapat dalam sukatan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) bagi pelajar Tingkatan Satu.

Justeru, Sinar Bestari ingin berkongsi langkah demi langkah bagaimana ingin menghasilkan sistem fertigasi jenis titis menggunakan bahan kitar semula.

Mula-mula, pelajar perlu menyediakan satu botol plastik kosong 500 milliliter (ml), enam cawan plastik, dua straw besar, enam straw mini, pen marker, gunting, penyepit, ‘hot glue gun’, skru biasa dan ‘screw shook eye’.

Langkah pertama

Ambil ‘screw shook eye’ dan tebuk lubang pada hampir ke dasar botol kemudian putar sehingga mendapat saiz yang diinginkan.

IKLAN

Setelah itu, ambil dua straw besar dan ambil salah satu straw untuk digunting sedikit pada hujungnya.

Langkah kedua

Cantumkan bahagian hujung straw seperti dalam gambar dan ambil pen marker kemudian tandakan pada hujung straw.

Langkah ketiga

Selepas straw ditanda dengan titik hitam, pelajar dikehendaki menebuk lubang pada bahagian yang telah ditanda dengan skru biasa.

IKLAN

Seterusnya, ambil ‘hot glue gun’ dan gamkan di sekeliling lubang botol yang telah ditebuk tadi untuk menghalang kebocoran air berlaku setelah projek selesai dibentuk.

Langkah empat

Masukkan straw besar yang telah dicantumkan tadi ke dalam botol yang telah ditebuk pada dasarnya.

Jika lubang botol itu terlalu besar, maka, pelajar boleh ambil ‘hot glue gun’ dan gamkan straw supaya kekal utuh dengan botol.

IKLAN

Langkah lima

Kemudian keenam-enam cawan plastik itu perlu ditebuk dengan skru biasa supaya air dapat mengalir.

Selepas itu, pelajar perlu lubangkan enam bahagian pada straw besar yang disambungkan dan gamkan kesemua straw mini itu seperti dalam gambar.

Langkah enam

Akhir sekali, pelajar perlu menyusun keenam-enam cawan plastik itu dan halakan straw mini ke mulut cawan seperti dalam gambar supaya proses titisan dapat dilakukan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Apabila model pengairan tersebut sudah siap, maka, botol 500 ml itu bertindak sebagai tangki nutrien, straw besar sebagai paip poli, straw mini sebagai set penitis dan enam cawan plastik sebagai polibeg.

Sinar Bestari berharap para pelajar boleh mendapat idea bertani dengan modal rendah.

 

IKLAN

Artikel Terkini