Untitled design
Untitled design

Sekolah wujud Gerobok Rezeki untuk bantu pelajar yang memerlukan

Roshlawaty Md Raieh
15 Feb 2022 09:26am
A
A
A

Kewujudan ‘Gerobok Rezeki’ di setiap sekolah bagaikan satu keperluan pada masa sekarang.

Ini kerana ‘Gerobok Rezeki’ dilihat mampu membantu mereka yang kurang berkemampuan bagi mendapatkan sumber makanan.

‘Gerobok Rezeki’ merupakan sebuah almari makanan yang dipenuhi dengan pelbagai menu seperti nasi, bihun, mi goreng, roti, buah dan air mineral.

Ada juga meletakkan barangan keperluan asas masakan seperti minyak, gandum, sardin, bawang, beras, telur dan biskut khusus bagi membantu pelajar sekolah yang kurang berkemampuan mendapatkan bekalan.

Menerusi blog Cikgu Ayu DOT MY, ada memuat naik perkongsian berkenaan ‘Gerobok Rezeki’ ini.

Sinar Bestari sertakan apa kata Cikgu Ayu mengenai almari makanan itu.

Mari kita lihat.

Baca juga

Pelajar sukar bina karangan panjang dan seragam, mungkin teknik cabang ini dapat membantu!

Lawatan akademik pelajar UKM beri pendedahan industri sukan permotoran Malaysia

*****

Rezeki berbeza-beza. Sifat pemurah dan prihatin dalam kalangan warga sekolah membawa kepada tercetusnya idea untuk menganjurkan projek ‘Gerobok Rezeki’ di sekolah.

Terdapat juga beberapa buah sekolah yang menggunakan istilah berbeza seperti Sustenance Cabinet atau Sustenance Shelves yang merujuk kepada konsep yang sama, ‘Gerobok Rezeki’ dalam bahasa Inggeris.

Dengan adanya konsep ini, pastinya ia dapat meringankan beban keluarga yang memerlukan.

Maksud ‘Gerobok Rezeki’

‘Gerobok Rezeki’ di sekolah dapat membudayakan amalan bantuan, suka bersedekah dan menjadi magnet kepada pelajar untuk hadir ke sekolah.

Melalui program ini, mereka yang kurang berkemampuan boleh mendapatkan makanan daripada ‘Gerobok Rezeki’. Bekalan makanan yang terdapat di dalam gerobok ini merupakan sumbangan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau warga sekolah yang ingin berkongsi rezeki bersama-sama.

Objektif pelaksanaan ‘Gerobok Rezeki’

1) Memupuk budaya suka memberi, membantu dan bersedekah di sekolah.

2) Menyemai amalan baik kepedulian dan kerjasama dalam kalangan warga sekolah.

3) Mewujudkan kerjasama yang erat di antara sekolah dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan rakan strategik.

4) Memupuk budaya saling mengambil berat di sekolah.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Kongsi rezeki, dapatkan ganjaran berlipat ganda

Ajaib berkongsi, ALLAH ganjarkan kita dengan pulangan berlipat ganda. Insya-ALLAH tidak akan miskin mereka yang bersedekah, malah jariah ini membuka pintu rezeki kepada pemberi.

Sifat dermawan dan bermurah hati perlu terbit dalam setiap diri umat Islam dan menjadi amalan dalam kehidupan.

Sabda Rasulullah SAW:

“Orang yang pemurah itu dekat dengan ALLAH, dekat dengan manusia dan jauh daripada api neraka. Orang yang kedekut itu jauh daripada ALLAH, jauh daripada manusia dan dekat dengan neraka. Sesungguhnya orang yang bodoh tetapi pemurah itu lebih disayangi ALLAH daripada seorang abid yang bakhil.” (HR Tirmidzi).

Akhir sekali, ingatan buat diri sendiri dan juga rakan-rakan guru, meriahkan amalan memberi.

Buat ibu bapa, didiklah anak-anak untuk menjadi seorang yang pemurah. Sekecil-kecil usaha kita pastinya dapat membantu mereka yang benar-benar memerlukan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok