WhatsApp Image 2022-02-11 at 4.44.00 PM
WhatsApp Image 2022-02-11 at 4.44.00 PM

Lawatan akademik pelajar UKM beri pendedahan industri sukan permotoran Malaysia

Roshlawaty Md Raieh
11 Feb 2022 05:34pm
A
A
A

Lawatan akademik pelajar Sarjana Pendidikan (Pengurusan Sukan), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC), 11 Januari lalu memberi banyak pendedahan kepada mereka berkaitan industri sukan permotoran di Malaysia.

Ini kerana, sejarah dan latar belakang mengenai sukan permotoran perlu diterangkan secara terperinci kepada pelajar dalam menyambung legasi generasi muda terhadap sukan tersebut.

Pensyarah subjek Prosedur Pengurusan Sukan, Fakulti Pendidikan UKM, Dr Wan Ahmad Munsif Wan Pa berkata, industri permotoran punya masa depan yang sangat cerah.

“Kerana itu, lawatan akademik ke SIC dilakukan dengan penglibatan seramai 13 pelajar Sarjana Pendidikan (Pengurusan Sukan).

“Walaupun pandemik Covid-19 masih belum pulih sepenuhnya, lawatan ini diteruskan mengikut Standard Operation Procuder (SOP) bagi memastikan industri sukan dapat berkembang dan terus melahirkan bakat-bakat baru,” katanya.

Tambah beliau, industri sukan akan berkembang dengan lebih cepat hasil daripada sokongan pihak swasta dalam menyediakan fasiliti yang terbaik kepada semua pihak yang memerlukan.

“Perkara ini secara tidak langsung dapat memberi gambaran bahawa industri sukan permotoran masih berkembang dan tersusun rapi oleh SIC dengan sokongan pelbagai pihak,” ujarnya.

Baca juga

Bakat luar biasa 25 pelajar buat warga sekolah bangga!

Bagaimana puting beliung boleh berlaku? Ini faktor yang perlu guru dan pelajar tahu!

Sementara itu, ahli jawatankuasa program, Muhammad Fairuz Hassan berkata, lawatan menarik ini memberikan satu pengalaman baharu kepada pelajar-pelajar yang terlibat.

“Pelajar perolehi pengetahuan berkaitan pengurusan dan pengoperasian SIC seperti pengurusan pertandingan, kewangan, fasiliti dan juga penyelengggaran kawasan litar itu sendiri.

“Di samping itu juga, penerangan dan input yang telah diberikan oleh kakitangan SIC dapat memberikan manfaat kepada pelajar terutama yang berkaitan dengan pengurusan sesuatu organisasi sukan khasnya,” ujarnya yang berharap lawatan akademik ini dapat diadakan dengan lebih kerap kerana ia membuka minda dan pelajar dapat mengetahui sasaran bidang kerjaya pada masa hadapan.

Lawatan tersebut pastinya memberi manfaat melalui pendedahan sistem pengurusan krisis, pengurusan media dan pengurusan program di SIC yang boleh diadaptasi di peringkat universiti.

Lawatan sehari ini turut memberi peluang peserta melawat beberapa fasiliti yang terdapat di North Paddock, SIC seperti ruangan media, pejabat utama dan bilik kawalan litar.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Dalam pada itu, Pegawai Fasiliti SIC, Abd Mutalib Mustapa berkata, untuk terus kekal dalam prestasi terbaik, sesebuah organisasi perlu memastikan pengurusan fasiliti dan pengurusan risiko sentiasa diberi perhatian serta mengikut piawaian terkini yang ditetapkan.

“Perkara ini dipraktikkan oleh SIC untuk sentiasa konsisten dalam memastikan setiap penganjuran aktiviti, temasya dan kejohanan berprestij berlangsung pada tahap yang

terbaik meskipun apa jua cabaran yang perlu dihadapi”, katanya kepada semua peserta lawatan.

INFO

Senarai peserta mengikuti lawatan akademik

1) Muhammad Asyraf Faiz Zuarimi

2) Ahmad Mokhtar Hussain

3) Muhammad Fairuz Hassan

4) Khairul Aiman Ahmad Hafad

5) Muhammad Farid Hilmi Aidit

6) Ammar Ashraf Sawal

7) Mohamad Ikram Mat Saad

8) Muhammad Aniq Bazil Rozman Azram

9) Muhamad Hakimin Che Idris

10) Nur Azrenna Ahmad Jumry

11) Nik Syerie Nursara Nik Rafedd

12) Elena Goh Ling Yin

13) Fazira Wandy

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok