pexels-vanessa-garcia-6325966
pexels-vanessa-garcia-6325966

6 tip mengajar lebih efektif ketika pandemik, cikgu-cikgu boleh lakukan ini di rumah

webadmin
24 Sep 2021 02:43pm
A
A
A

Mengajar ketika pandemik, bukan perkara mudah. Guru-guru memerlukan kesabaran dan usaha yang lebih ke arah pembelajaran dalam norma baharu.

Untuk menjadikan pembelajaran norma baharu lebih efektif dan menyeronokkan, enam tip ini boleh cikgu-cikgu praktikkan.

1. Kawal stres anda 

Tidak dinafikan, pembelajaran dalam talian sedikit sebanyak membuatkan seseorang itu berasa stres. Bagi membantu anda mengawal stres dengan baik, cikgu boleh cuba mencari kaedah belajar terbaharu yang banyak di internet.

2. Bahagikan kelas kepada beberapa kelompok kecil

Elakkan membuat kelas dalam kelompok yang besar, sebaiknya bahagikan jumlah murid kepada beberapa kumpulan kecil.  Ia akan memudahkan proses pembelajaran online.

Umumnya guru sudah tentu lebih kenal  tahap pencapaian seseorang murid. Berdasarkan kepada penilaian itu, cikgu boleh bahagikan mereka mengikut tahap masing-masing. Ia membantu cikgu fokus kepada kemampuan mereka memahami  pembelajaran.

Baca juga 5 permainan mudah untuk tingkat kebolehan dalam peperiksaan

Baca juga 5 tip menyediakan poster pembentangan yang berkesan, cikgu-cikgu pasti tidak pening lagi

Gambar hiasan daripada Pexels.

3. Project Based Learning

Selepas membahagikan mereka kepada beberapa kumpulan kecil, cikgu boleh berikan tugasan dengan teknik pembelajaran Project Based Learning.

Diharapkan dengan pembelajaran ini, setiap murid mampu bekerjasama antara satu sama lain.

4. Tidak terlalu fokus kepada silibus

Jika masih mengejar target silibus dalam pembelajaran,  khuatir akan ada murid yang ketinggalan dalam pelajaran.

Guru-guru boleh memilih waktu sesuai untuk memberikan segala maklumat dalam pembelajaran.

Kemampuan ini menjadikan murid berjaya menguasai pelbagai subjek.

Gambar hiasan daripada Pexels.

5. Sediakan waktu untuk murid yang tertinggal

Tidak semua murid itu memiliki kemampuan yang sama dalam pelajaran.

Cikgu-cikgu boleh jadualkan kegiatan belajar tambahan untuk murid yang sukar untuk fokus dalam pembelajaran. Hal ini dapat membuatkan mereka lebih yakin dan percaya diri jika kelas secara bersemuka dapat dilaksanakan kembali.

Gambar hiasan daripada Pexels.

6. Belajar itu menyeronokkan

Mengajar itu bukanlah mudah, tetapi akan menjadi lebih seronok apabila ia dibuat dalam keadaan yang menyeronokkan. Tanamkan dalam diri, mengajar  dalam talian sebenarnya mudah walaupun ia dipisahkan dengan jarak.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Selamat mencuba

Sumber: ruangguru.com

 

 

 

 

 

 

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok