HomeBuletin(VIDEO) Myvi nyaris langgar murid sekolah, warganet desak pihak berkuasa ambil tindakan

Artikel Berkaitan

(VIDEO) Myvi nyaris langgar murid sekolah, warganet desak pihak berkuasa ambil tindakan

Satu rakaman tular di laman media sosial sejak semalam yang menunjukkan kereta Myvi hampir mengakibatkan kemalangan terhadap seorang murid sekolah.

Murid tersebut kelihatan ingin menyeberang jalan di lintasan pejalan kaki berdekatan sekolah.

Di dalam rakaman yang tular itu, lampu isyarat sudah berwarna merah, bermakna kenderaan yang melalui jalan di situ harus berhenti bagi memberi jalan kepada pejalan kaki yang ingin melintas.

Baca juga

Tular isu makanan RMT, Radzi arahkan KPM jalankan siasatan

(VIDEO) Gagal patuhi peraturan, tindakan guru ini dianggap keterlaluan

Namun, tindakan Myvi tersebut yang melanggar lampu isyarat merah menyebabkan murid tersebut hampir dilanggar.

Video yang berdurasi enam saat itu telah menimbulkan kecaman daripada warganet di laman Facebook yang mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemandu sebegini agar ia tidak berulang lagi sehingga mengakibatkan kemalangan jiwa.

Syahanum: Tengok betul-betul video ini. Lampu isyarat sudah berwarna merah. Rasanya patut Myvi itu berhenti. Harap pihak berkuasa ambil tindakan terhadap pemandu itu.

Azhan Ghaffar: Penduduk sekitar SK Seri Budiman harap buat laporan polis supaya kertas siasatan dibuka dan hukuman dikenakan. Sayangi anak-anak anda.

Akilan Jayaraman: Ini kes langgar lampu merah, tidak mengendahkan lintasan pejalan kaki. Patut disaman 10 kali ganda.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Dalam pada itu, terdapat juga segelintir pihak yang mencadangkan agar penjaga lalu lintas diwujudkan di sekolah tersebut bagi membantu murid-murid menyeberang jalan dengan selamat.

Menurut sebuah laporan daripada Sinar Harian, pemandu Perodua Myvi tersebut telah disaman gara-gara melanggar lampu isyarat di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Budiman semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintenden Ismail Man, berkata pemandu wanita itu disaman di kawasan Batu Buruk, di sini kira-kira jam 4.10 petang pada hari yang sama.

Artikel Terkini