WhatsApp Image 2021-12-01 at 3.15.32 PM
WhatsApp Image 2021-12-01 at 3.15.32 PM

5 filem menarik yang boleh ditonton guru dan pelajar. Ini senarainya!

Adlan Farhan Azwan
01 Dec 2021 03:24pm
A
A
A

Menonton filem menjadi kegemaran ramai orang termasuklah guru dan pelajar daripada pelbagai peringkat usia.

Filem yang berkualiti tinggi mampu memberikan impak kepada para penonton termasuklah filem yang berkisarkan motivasi dan pendidikan yang dilihat antara kaedah berkesan untuk meningkatkan tahap motivasi dalam kalangan mereka.

Untuk menonton cerita sebegini, tidak semestinya cikgu dan pelajar perlu ke pawagam.

Ini kerana, kebanyakan kelas pada masa sekarang sudah dilengkapi dengan kemudahan projektor dan skrin. Mereka boleh menonton bersama-sama di dalam kelas nanti.

Guru juga boleh mengambil inisiatif dengan memberi tugasan mudah kepada pelajar, bagi memastikan mereka memahami pengajaran yang terdapat dalam filem tersebut.

Berikut dikongsikan senarai filem yang bertemakan pendidikan dan motivasi untuk guru dan pelajar tonton:

1. Coach Carter (2005)

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=d_GleoanbPE[/embed]

Pada tahun 1999, Ken Carter (lakonan Samuel L. Jackson) telah kembali ke sekolah menengah lamanya di Richmond, California, bagi membentuk pasukan bola keranjang. Dengan peraturan yang ketat dan disiplin akademik, dia berjaya meletakkan pemain pada rentak kemenangan.

Namun apabila gred pemain mula terjejas, Carter melarang mereka daripada menyertai musim kejohanan. Dia mendapat kritikan oleh pemain dan ibu bapa mereka. Namun, dia berpegang teguh pada prinsipnya, bertekad bahawa mereka perlu cemerlang dari segi akademik dan juga di gelanggang.

Ketegasan yang dipamerkan oleh Carter boleh dijadikan pengajaran yang mana kejayaan seharusnya bersifat holistik.

2) Arrival (2016)

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=tFMo3UJ4B4g[/embed]

Lakonan mantap oleh Amy Adams sebagai ketua pasukan penyiasat elit apabila kapal angkasa raksasa mendarat di 12 lokasi di seluruh dunia.

Ketika negara-negara berada di ambang peperangan berskala global, Banks dan pasukannya terpaksa mencari kaedah untuk berkomunikasi dengan pelawat luar angkasa.

Berharap untuk membongkar misteri itu, dia mengambil peluang yang mengancam nyawanya dan kesemua manusia ini.

Filem ini amat menarik kerana jalan penceritaan yang akan menguji minda penonton serta menerapkan kepentingan kemajuan dalam teknologi komunikasi.

BACA JUGA: UA dan IPT tawar pelbagai pengkhususan komunikasi, pelajar perlu bijak pilih universiti berdasarkan minat

BACA JUGA: 10 tip mudah untuk cipta animasi dan aplikasi animasi

3) Forrest Gump (1994)

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=bLvqoHBptjg[/embed]

Filem ini mengisahkan tentang Forrest Gump lakonan Tom Hanks yang tidak pernah menganggap dirinya serba kekurangan.

Forrest dilahirkan dengan kaki yang kuat tetapi tulang belakang yang bengkok. Dia terpaksa memakai pendakap kaki yang menyukarkan untuk berjalan.

Dia juga mempunyai tahap IQ yang rendah membuatkannya hampir tidak diterima ke sekolah awam.

Perjalanan kehidupan yang dialami oleh Forrest memberi inspirasi kepada orang ramai terutamanya terhadap kanak-kanak yang senasib dengan dirinya.

4) Freedom Writers (2007)

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=miz1V13QWsU[/embed]

Seorang guru yang berdedikasi (Hilary Swank) di sekolah Los Angeles yang mempunyai masalah perkauman mengajar kelas remaja berisiko yang dianggap tidak berupaya untuk belajar.

Namun, dia tidak berputus asa dan meneruskan perjuangan dengan memberi inspirasi kepada pelajarnya untuk mengambil minat dalam pendidikan dan merancang masa depan mereka.

Dia memberikan bahan bacaan yang berkaitan dengan kehidupan dan menggalakkan mereka semua untuk menyimpan bahan bacaan.

Filem ini menyampaikan mesej tentang harapan dan kegigihan seorang insan bernama guru dalam mengubah nasib anak muridnya dengan cara menyentuh dari segi emosi dan intelek.

5)Laskar Pelangi (2008)

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=GwtehuT7FPA[/embed]

Sinopsis Laskar Pelangi bercerita tentang perjalanan hidup seorang anak desa di Belitung bernama Ikal bersama rakan-rakan yang lain.

Semangatnya untuk belajar sangat tinggi meskipun keadaan sekolahnya sangat sederhana.

Segala cabaran yang dilalui oleh murid-murid SD Muhammadiyah, Gantung Belitung Timur di Indonesia hanyalah supaya mereka memperoleh pelajaran.

Filem ini merupakan adaptasi daripada novel Laskar Pelangi karya Andrea Hirata.

Jalan penceritaan yang diselitkan dengan unsur komedi dan juga sedih akan membuatkan para penonton tersentuh dari segi emosi.

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Twitter

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok