Key_visual_1
Key_visual_1

Cell at Work: pelajar biologi patut masukan anime ini dalam senarai wajib tonton

Mohd Khairi Mohamad Yusri
15 Jul 2021 09:31pm
A
A
A

Secara kebiasaannya apabila terdapat karya berkonsepkan pendidikan diterbitkan, program itu akan terlalu memberi banyak fakta dalam satu-satu masa sehingga menjadikannya sebuah karya yang membosankan.

Ataupun karya tersebut hanya boleh difahami oleh ‘orang lama’ sehingga gagal untuk menarik minat orang lain serta mereka yang baru hendak mempelajari bidang tersebut.

Namun, lain pula bagi anime Cells at Work!, Ia adalah sebuah anime yang mengambil konsep ‘edutaining’ secara serius namun dalam masa yang sama sangat menghiburkan untuk ditonton.

 

Watak utama dalam anime ini, Sel Darah Merah dan Sel Darah Putih

 

Dalam anime ini, anda bakal meneroka tentang apa yang berlaku di dalam tubuh manusia. Watak utama dalam anime ini adalah ‘seorang’ sel darah merah, yang sesat dalam perjalanan untuk menghantar oksigen di lokasi yang berbeza, dan juga ‘seorang’ sel darah putih yang ditugaskan untuk menghapuskan bakteria.

Dengan menampilkan kawasan di dalam tubuh manusia sebagai kota metropolitan, setiap masalah bakal menjadi bencana peringkat apokaliptik. Misalnya, jika manusia bersin, ia digambarkan sebagai sebuah roket yang dilancarkan ke angkasa, luka kecil menjadi letupan nuklear yang membuka lubang besar di tanah, membuat setiap peristiwa kecil terasa sangat penting.

Apa yang mebuatkan anime ini sangat menarik?

Penulis Cells at Work! sangat komited dengan konsep yang ingin dibawa iaitu menggambarkan semula tubuh manusia sebagai sebuah metropolis besar dan setiap sel kecil yang terdapat dalam badan kita digambarkan sebagai individu-individu yang berbeza.

Keadaan Bandar Metropolitan yang sangat sibuk

Perkara ini mengakibatkan ruang di dalam metropolis itu menjadi sangat sesak, banyak pemandangan yang dapat dilihat, kematian, kehancuran yang terjadi akibat serangan bakteria dan virus di dalam badan.

Watak-watak yang terdapat dalam anime ini sangat banyak. Paparan wataknya juga sangat kreatif serta sangat tepat dengan fungsi sebenar mereka di dalam badan manusia.

Sebagai contoh, sel makrofag digambarkan sebagai pekerja pembersihan yang sangat rajin, sel-T sebagai seorang yang naif tanpa pengalaman bertempur, sel darah putih sebagai pertempuran elit unit dan sel darah merah yang bertidak sebagai penghantar makanan.

Sel platelet yang digambarkan sebagai kanak-kanak kecil yang comel

Anime ini merangkumi banyak adegan yang bukan hanya berjaya memukau secara visual, tetapi bakal membuat kita menghargai pekerjaan yang dilakukan oleh badan untuk membuat kita tetap hidup setiap hari.

Jika anda melihat sel-sel kita melalui mikroskop, semuanya bakal kelihatan seperti raksasa yang aneh tetapi anime ini berjaya membayangkan pelbagai jenis makhluk mikroskopik ini kepada individu yang comel hinggalah kepada sesuatu yang menakutkan.

Ia kelihatan seperti virus yang kelihatan seperti topi merah jambu yang menjangkiti sel dan menukarkannya menjadi zombie, dan juga parasit yang digambarkan sebagai raksasa.

Bakteria pneumococcus menyerang Sel Darah Merah.

Bukan sahaja dapat belajar mengenali sel-sel yang berbeza yang terdapat di dalam badan, tetapi anime ini juga sangat menghiburkan melalui penyampaian komedi yang berjaya mengurangkan keseriusan yang mengerikan.

Anime ini bakal membuka mata anda tentang bagaimana tubuh anda berfungsi dan bertindak balas terhadap patogen luar serta mencegah penyakit-penyakit seperti strok panas yang akan membuatkan anda sentiasa ingin menjaga kesihatan diri.

Sumber: slashfilm.com

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok