pelajar cemerlang spm
pelajar cemerlang spm

Naveenkumar, cemerlang 8A SPM, perlukan dana ke IPT

Rasyidah Zulkifi
24 Jun 2022 10:34am
A
A
A

Naveenkumar Vijayakumaran, 18, adalah pelajar cemerlang yang memperoleh 8A dan 1B dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021, baru-baru ini.

Dia bercita-cita untuk menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) kelak, bagaimanapun terbatas dari segi kewangan.

Ini kerana bapa Naveenkumar, Vijayakumaran Gengan, 50, bekerja sendiri, manakala ibunya, Deivaletchumy Arumugam, 52, pula bekerja di kilang.

Vijayakumaran berbangga dengan keputusan SPM anaknya, namun berasa resah kerana Naveenkumar memerlukan wang dan komputer riba untuk kemasukan ke IPT.

Dia berasa mustahil untuk menyediakan kemudahan itu disebabkan pendapatan yang tidak menentu.

“Naveenkumar selalu bantu saya baiki motosikal pelanggan, namun ada satu masa saya terpaksa membuat kerja sambilan kerana tiada langsung motosikal untuk dibaiki.

“Ada masa, saya tidak mempunyai duit untuk diberikan kepada anak untuk ke sekolah.

“Saya selalu berfikir adakah saya boleh memberikan kehidupan terbaik kepada mereka,” katanya yang mempunyai pengalaman 13 tahun sebagai mekanik.

Sebelum ini, Vijayakumaran terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan kakinya patah semasa bekerja di sebuah kilang.

Namun, dia dibuang kerja selepas mengambil cuti tambahan satu hari selepas diberikan cuti sakit selama dua minggu.

Menurutnya, pengurus syarikat tersebut marah sehingga menyebabkan dia diberhentikan serta-merta.

“Saya merayu agar tidak diberhentikan namun gagal. Selepas itu, saya mula membaiki motosikal di halaman rumah demi menyara keluarga.

“Anak saya akan memohon masuk ke menara gading dan dia akan memerlukan sedikit wang pendahuluan serta komputer riba. Kami berharap ada pihak boleh membantu,” katanya.

Artikel berkaitan

Pelajar UPM kumpul dana bantu golongan OKU

Bijak urus masa antara tip pelajar cemerlang Kolej Genius Insan SPM 2021

Tip skor A subjek Fizik SPM, Cikgu Nurul Husna kongsi rahsianya

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok