Untitled design
Untitled design

Datuk Dr Sabri dilantik Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) baharu UTeM

webadmin
07 Oct 2021 10:46pm
A
A
A

MELAKA - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), mengumumkan pelantikan Datuk Dr Sabri Mohamad Sharif sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) yang baharu menerusi persetujuan Kementerian Pengajian Tinggi.

UTeM dalam kenyataan menyatakan pelantikan itu berkuatkuasa untuk tempoh tiga tahun bermula 6 Oktober 2021 hingga 30 September 2024.

Pelantikan ini bagi menggantikan Prof Madya Dr Nurulfajar Abd Manap yang telah tamat tempoh pelantikannya.

Berkongsi latar belakang Dr Sabri, beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian pada tahun 1999 dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Dr Sabri memperoleh dua ijazah sarjana iaitu Ijazah Sarjana Sains (MSc.) (Lulus Cemerlang) (Polisi Pengurusan Sains & Teknologi), 2001 dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA), Universiti Ballarat Australia pada 2007.

Baca juga Adab murid sepanjang berada di sekolah, ini yang perlu mak ayah lakukan

Baca juga Peranan pengajar dalam komunikasi pembelajaran secara dalam talian

Seterusnya, beliau telah berjaya menamatkan pengajiannya bagi peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Inovasi & Pengkomersialan Harta Intelek, Universiti Kebangsaaan Malaysia pada 2015.

Dr Sabri memulakan kerjaya di UTeM sebagai pensyarah di Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawan pada 2005 dan kini menjawat jawatan sebagai Pensyarah Kanan.

Berteraskan kepada kepakarannya, beliau telah dipinjamkan sebagai Pegawai Penyelidik Kanan kepada Perdana Menteri bermula 1 Oktober 2013 hingga 30 April 2018 lalu.

Kewibawaan Dr Sabri

Kewibawaan Dr Sabri kian menyerlah apabila turut berperanan menabur bakti kepada pembangunan negeri Melaka yang mana dipinjamkan sebagai Penasihat Ekonomi dan Inovasi kepada Ketua Menteri Melaka (16 Jun 2020 - 30 September 2021) dan pada masa sama turut menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Tun Perak, Melaka.

Sehingga kini Dr Sabri turut dilantik dan menjalankan peranan sebagai Profesor Adjung Kolej Universiti Lincoln (1 Januari 2021 - sekarang) dan Felo Akademik Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) (1 April 2021 – 31 Mac 2023).

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Mengimbas di awal perjalanan kerjaya beliau dalam bidang industri pula, beliau turut berpengalaman menjawat jawatan Naib Presiden Kanan syarikat Quantum Business Sdn. Bhd. pada September 2000 hingga September 2005.

UTeM turut mengambil peluang ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Prof Madya Dr Nurulfajar atas khidmat bakti dan kepimpinan beliau sepanjang memegang jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UTeM sebelum ini.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok