miguel-bruna-TzVN0xQhWaQ-unsplash
miguel-bruna-TzVN0xQhWaQ-unsplash

Elakkan 8 perkataan dan frasa ketika berkomunikasi untuk lebih tampak yakin

Adlan Farhan AzwanAdlan Farhan Azwan
29 Dec 2021 11:26am

Dalam dunia yang semakin kompetitif, amatlah penting supaya seseorang itu sentiasa mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

Jadi kali ini, GPSBestari akan kongsikan kepada para pembaca cara mudah supaya anda kedengaran lebih yakin ketika berkomunikasi:

1. "Adakah ia masuk akal?"

Apa yang perlu dikatakan: "apakah pendapat anda?" atau "saya ingin input anda tentang ini."

Jika anda bertanya "adakah ia masuk akal?" selepas anda selesai membuat perkongsian, anda serta-merta telah memberikan gambaran bahawa anda tidak yakin dengan diri anda sendiri, bahawa idea anda mungkin tidak dapat direalisasikan.

Jadi, apa yang anda boleh cuba ialah meminta pendapat mereka tentang idea anda.

2. "Mungkin kita patut cuba ..."

Apa yang perlu dikatakan: “Mari cuba…” atau “idea yang bagus untuk kita cuba…”

Perkataan ‘mungkin’ itu sendiri telah merujuk kepada sesuatu yang mungkin berlaku, tetapi mungkin tidak. Anda perlu percaya dan yakin dengan penghasilan idea atau cadangan yang telah dikemukakan oleh anda.

BACA JUGA: Risau untuk temu duga kerja? Lepasan pengajian baharu boleh ikuti langkah mudah ini

BACA JUGA: Risau kerana ada pembentangan tak lama lagi? Ikuti 6 tip ini

3. "Saya rasa ini akan ..."

Apa yang perlu dikatakan: "Saya percaya ini akan ..."

Frasa ini mempunyai perbezaan kecil, tetapi membawa makna yang berbeza: "saya percaya," kedengaran lebih meyakinkan dan optimis jika dibandingkan dengan "saya rasa" dan seolah-olah anda mengatakan sesuatu mungkin berkesan, tetapi anda tidak pasti.

"Saya percaya" meletakkan anda bertanggungjawab ke atas pemikiran itu dan menyampaikan jaminan yang tenang. Dan walaupun anda tidak begitu pasti sama sekali, tiada siapa yang perlu mengetahuinya!

4. "Saya tidak yakin, tetapi ..." atau "saya tidak pasti, tetapi ..."

Perkara yang perlu dikatakan sebaliknya: Apa sahaja yang anda akan katakan selepas perkataan "tetapi"

Anda tidak perlu menambah sebarang perkataan yang menunjukkan penafian terhadap apa yang ingin dikatakan. Begitu juga, jika anda memulakan ayat anda dengan "Saya tahu ini mungkin soalan tidak masuk akal, tetapi ..." atau "saya tidak mahu kedengaran terlalu mendesak, tetapi ...,".

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

7. "Pada pendapat saya ..."

Apa yang perlu dikatakan: Tiada apa-apa

Tidak perlu menggunakan sebarang frasa pengenalan, terus katakan apa yang diinginkan. Jika tidak, sesiapa yang mendengar atau membaca apa yang anda tulis akan mengetahui bahawa itu adalah pendapat atau kepercayaan sendiri.

Sumber: CNBC Make It

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp