airfocus-K_VeavYEfdA-unsplash (1)
airfocus-K_VeavYEfdA-unsplash (1)

Risau kerana ada pembentangan tak lama lagi? Ikuti 6 tip ini

Mohd Khairi Mohamad Yusri
13 Oct 2021 08:50am
A
A
A

Bila sebut sahaja mengenai pembentangan, sememangnya ia merupakan perkara yang mendebarkan bagi ramai pelajar.

Ini kerana ramai yang merasa gugup apabila perlu bercakap di hadapan ramai.

Jangan risau, berasa gugup merupakan perkara biasa bagi setiap orang. Apa yang perlu dilakukan adalah sentiasa fokus dalam pembentangan yang dilakukan.

Hari ini, GPSBestari akan memberikan beberapa tip yang boleh anda lakukan bagi memastikan pembentangan dapat dilakukan dengan baik.

1. Kawal rasa gugup

Seperti yang dikatakan tadi, rasa gugup sebelum melakukan pembentangan merupakan satu perkara yang biasa. Ini menunjukkan bahawa perbentangan tersebut adalah perkara yang anda mahu lakukan dengan baik.

Berikut merupakan beberapa cadangan untuk memastikan bahawa kegelisahan tidak memberi kesan negatif kepada pengucapan anda.

- Gunakan kegelisahan sebagai kelebihan iaitu dengan menyalurkannya menjadi tenaga dinamik ketika membincangkan sesuatu topik.

- Ingatkan diri bahawa anda dan penonton mempunyai tujuan yang sama, dan oleh itu, mereka mahu anda melakukan yang terbaik ketika menyampaikannya.

- Cakap tentang apa yang anda tahu. Pastikan pengucapan anda berada dalam lingkungan pengetahuan dan pengalaman sendiri, jadi ia akan membina keyakinan dan mengurangkan rasa gugup.

- Fokus untuk menyampaikan mesej, bukannya melayan perasaan.

-Senyum. Bersantai, tenang, dan selesa di luar, tidak kira bagaimana perasaan anda secara dalaman. Perkara ini boleh membuat anda merasa tenang.

- Teruskan saja pembentangan! Kegelisahan tersebut akan pergi.

2. Mulakan pembentangan dengan menarik

Jadikan pembukaan anda sederhana dan menarik untuk memastikan pendengar merasa seperti dalam perbincangan tersebut.

- Pertimbangkan untuk menggunakan aktiviti pemecah ais (ice breaking) yang pendek.

- Komen yang bernas dan lucu boleh berkesan jika berkaitan dengan topik.

- Jelaskan tujuan penyampaian anda dalam satu ayat yang bebas jargon profesional dan tekankan apa yang akan diperoleh oleh pendengar.

- Mulakan dengan langkah diri sendiri iaitu tidak terlalu cepat dan tidak terlalu perlahan untuk mewujudkan imej positif dan aura yang kuat. Pastikan pernyataan akhir ketika permulaan dapat mengukuhkan objektif pembentangan.

3. Gunakan prinsip reka bentuk universal

Gunakan kaedah pembentangan yang mudah difahami oleh audien. Masukkan prinsip reka bentuk sejagat untuk memenuhi keperluan peserta dengan pelbagai pengetahuan, kebolehan, kekurangan, minat, dan gaya pembelajaran. Contohnya seperti di bawah.

- Gunakan tulisan yang besar dalam alat bantu visual. Jika boleh sediakan salinan slaid untuk para audien.

- Sediakan bahan anda dalam format alternatif, yang mungkin termasuk teks elektronik, rakaman audio, cetakan besar, atau Braille.

- Tunjukkan video kapsyen. Sekiranya tidak tersedia, berikan transkripsi kandungan jika diminta.

- Gunakan suara yang jelas dan dapat didengar, gunakanlah mikrofon jika ada keperluan. - pastikan menghadap penonton pada setiap masa.

- Pastikan biliknya pencahayaan bilik adalah baik.

- Gunakan pelbagai kandungan multimedia dalam pembentangan, seperti video, alat bantu visual, dan sebagainya.

-Menunjukkan cara menyebut kandungan yang terdapat dalam slaid dan visual lain, contohnya menerangkan secara lisan kandungan graf dan kartun yang dipaparkan.

4. Jadikan pembentangan anda berinteraktif

Elakkan sekadar memberi ceramah kepada pendengar dengan melibatkan mereka di dalam perbincangan yang aktif.

- Dengar dengan penuh perhatian sebelum menjawab soalan.

- Galakkan interaksi antara audien.

- Dengan penuh hormat, ceritakan kembali kepada audien berkenaan apa yang anda perhatikan sebagai sikap, rasionalisasi, dan cara berfikir dan bertindak mereka yang biasa.

- Luangkan banyak masa untuk soalan. Tangani semua soalan dalam pembentangan anda atau arahkan peserta ke sumber yang sesuai.

- Berikan pengalaman secara langsung menggunakan alat bantu.

- Sekiranya khalayak anda kecil, minta audien pelkenalkan diri, pengalaman dan apa-apa minat yang berkaitan dengan topik.

- Libatkan audien dalam aktiviti pembelajaran, kerana mereka lebih mudah ingat apa yang dipelajari sekiranya dapat mempelajarinya melalui aktiviti.

- Galakkan perbincangan untuk membantu peserta mengintegrasikan tema dan perkara penting.

5. Adakan aktiviti berkumpulan

Sertakan aktiviti pendek yang mendorong penyertaan dan perbincangan. Maklumkan bahawa anda akan melakukan aktiviti selama lima minit, kemudian minta peserta memilih seseorang yang duduk berdekatan dan berkongsi dua perkara antara mereka.

6. ‘Highlight’ perkara penting

Akhir sekali, pastikan pembentangan yang dilakukan merangkumi kandungan yang paling penting untuk audien.

Secara ringkasnya, untuk memberikan persembahan yang berkesan di mana para audien dapat memperoleh maklumat berharga dengan cara yang dinamik, pastikan anda telah membuat persediaan dengan lebih awal, memudahkan interaksi bersama audien, dan promosikan persekitaran yang kondusif.

Semoga perkongsian ini membantu meningkatkan keyakinan anda.

Sumber: washington.edu

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok