Screenshot (16)
Screenshot (16)

Profesor Dr Zafir Khan Mohamed Makhbul dinobatkan Tokoh Akademik Bahasa Melayu

Adlan Farhan Azwan
08 Dec 2021 02:19pm
A
A
A

PUTRAJAYA - Profesor ekonomi dan pengurusan perniagaan, UKM-Graduate School of Business, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Zafir Khan Mohamed Makhbul diumum sebagai penerima Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu (ATABM) 2021.

Menurut kenyataan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada Jumaat lepas, Profesor Dr Zafir Khan telah melakar pelbagai pencapaian cemerlang di dalam negara dan antarabangsa dalam penyelidikan, penerbitan, penyeliaan, pengajaran, khidmat perundingan, penghasilan inovasi, pengiktirafan dan sanjungan, jawatan pentadbiran akademik, anugerah perkhidmatan serta khidmat ikhtisas dan khidmat masyarakat.

“Antara pencapaian cemerlang Profesor Zafir ialah Bahasa Melayu digunakan secara meluas dalam penyelidikan dimana sehingga kini sebanyak 20 hak cipta berjaya dihasilkan yang digunakan untuk penyebaran ilmu kepada masyarakat dan industri.

BACA JUGA: TPN dan HELP University (M) latih bakat masa depan untuk industri pelancongan

BACA JUGA: Pelajar UniMAP raih naib johan Cabaran Niaga Francais 2021

“Hasil penyelidikan telah diterbitkan menggunakan Bahasa Melayu dalam pelbagai genre penerbitan seperti makalah jurnal, buku dan prosiding sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

“Selain itu, lebih 35 buah buku berjaya dihasilkan bersama penerbit tersohor dalam Bahasa Melayu yang menjadi rujukan utama di Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta,” katanya.

Profesor Dr Zafir Khan turut diiktiraf melalui penglibatan meluas sebagai pengerusi, ahli jawatankuasa, pemudah cara, ahli lembaga pengajian dan penceramah dari aspek khidmat masyarakat.

Menurut kenyataan itu, UKM dan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) lain akan sentiasa berganding bahu bersama KPT untuk terus memukul genderang peniup semangat dan pembakar obor juang rakyat jelata dan warganya dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Ikuti GPSBestari di Twitterdan Facebook

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad turut hadir bagi merasmikan Majlis Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan Peringkat KPT dan menyempurnakan ATABM 2021 di Dewan Za’aba KPT pada 3 Disember lalu.

ATABM merupakan satu daripada usaha untuk mengiktiraf ahli akademik di universiti awam yang telah memperlihatkan kesungguhan dampak memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu melalui penghasilan karya-karya ilmiah yang berkualiti.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok