Penolong Pengarah Unit PJ ini berjaya menerima biasiswa bagi menyambung PhD.
Penolong Pengarah Unit PJ ini berjaya menerima biasiswa bagi menyambung PhD.

SPM bukan penamat atlet sekolah, mantan guru PJ kongsi hala tuju seterusnya

Rasyidah Zulkifi
15 Mar 2022 09:33pm
A
A
A

Persepsi sesetengah orang mengatakan bidang sukan tidak mendatangkan kebaikan jika ingin berjaya dalam hidup boleh diabaikan.

Ini kerana ramai sahaja atlet yang cemerlang bukan sahaja di gelanggang tetapi juga dalam bidang akademik.

Baca juga

Hikmah PKP, bekas guru vokal raih pendapatan enam angka jual yogurt

Kurang A bukan penghalang, mantan guru besar ini kongsi kejayaan pelbagai bidang

Jelaslah tanggapan tersebut tidak benar sama sekali. Ini yang dikongsikan oleh Penolong Pengarah Unit Pendidikan Jasmani, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pendidikan (KPM), Juriah Othman.

Ceritanya, beliau merupakan bekas atlet sukan sekolah yang sentiasa berkobar-kobar dalam pelajaran.

Walaupun aktif bersukan, beliau tidak pernah menjadikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai peringkat pengajian terakhirnya.

“SPM bukanlah garis penamat yang mengukur masa depan seseorang pelajar itu.

“Ada banyak laluan kita boleh sambung jika betul nak belajar, cari orang yang boleh mendorong kita.

“Jangan dengki dengan rezeki orang, usaha lagi dan jangan berlagak.

“Sebenarnya makin tinggi kita belajar, kita akan rasa banyak lagi tak tahu,” katanya.

Tambah Juriah, selepas tamat SPM, beliau melanjutkan pelajaran di peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Juriah bertekad menyambung segala peringkat pengajian tinggi yang ditawarkan di Malaysia.

Kemudian, mendapat tawaran sambung belajar di Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi jurusan Bacelor Pendidikan (Jasmani).

“Graduasi dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.05 (2004-2008).

“Rezeki dapat kerja sebagai cikgu PJ di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kuala Selangor, SMK Raja Muda Musa dan SMK Sultan Sulaiman Shah.

“Kini berkhidmat di BPK sebagai Penolong Pengarah di Unit Pendidikan Jasmani,” ujarnya mengimbas perjalanan hidupnya.

Rezeki menyebelahinya, beliau ditawarkan biasiswa tajaan KPM bagi melanjutkan pengajian Doktor Falsafah (PhD).

Penolong Pengarah Unit PJ ini berjaya menerima biasiswa bagi menyambung PhD.

“Macam saya cakap, saya bukan murid yang pandai tapi niat nak mencari ilmu.

“ALLAH izinkan merasai pahit getir dan pengalaman untuk lengkapkan sijil yang ada di Malaysia,” katanya.

Kini, Juriah baru menamatkan semester pertama bagi pengajian Sains Sukan di peringkat PhD dan memperoleh CGPA 3.75.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok