WhatsApp Image 2022-11-08 at 6.11.15 PM
WhatsApp Image 2022-11-08 at 6.11.15 PM

Inovasi Kit Booster bantu pelajar fahami proses elektrolisis

Adlan Farhan Azwan
08 Nov 2022 06:12pm
A
A
A

Inovasi Kit Booster yang dibangunkan oleh Panitia Kimia Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu, Gombak, Kuala Lumpur, Cikgu Saibahtul Islamiah Rosly telah berjaya membantu pelajar meningkatkan kemahiran pemahaman tentang proses elektrolisis.

Menurutnya, elektrolisis merupakan salah satu subtopik Kimia yang memerlukan para pelajar menguasai beberapa kemahiran mentafsir sel elektrolisis sebelum mereka boleh menerangkan proses elektrolisis dengan betul.

“Semasa saya memeriksa soalan peperiksaan pertengahan tahun, para pelajar didapati sukar untuk mengingati perkara-perkara penting dalam menerangkan proses elektrolisis seperti ion yang ditarik dan dipilih dan ini akan menyebabkan kesalahan penulisan persamaan setengah dan keseluruhan.

“Kegagalan menguasai kemahiran ini menyebabkan mereka kehilangan markah ketika menjawab soalan sama ada objektif mahupun berstuktur.

“Inovasi ini berupaya membantu pelajar kerana mereka perlu menjalankan aktiviti secara ‘hands on’ untuk membina sendiri sel elektrolisis dan seterusnya menjawab soalan berkaitan proses elektrolisis,” katanya kepada Sinar Bestari, baru-baru ini.

Kit ini terdiri daripada satu set label anod, katod, ion-ion yang hadir, bateri, kad arahan aktiviti, label faktor-faktor yang mempengaruhi elektrolisis dan jadual nilai keupayaan elektrod menggunakan piawaian (E0).

Proses elektrolisis ini meliputi ion yang hadir dan dipilih di anod dan katod, persamaan setengah di anod dan katod dan keseluruhan di anod dan katod.

Dalam pada itu, beliau juga berkata, selepas Kit Booster Elektrolisis ini diperkenalkan, terdapat peningkatan dari segi pemahaman pelajar dan sekali gus membuktikan keberkesanan inovasi tersebut.

Jelasnya, Kit Booster Elektrolisis yang dibangunkan itu menggunakan bahan dengan kos penghasilan yang rendah dan menjadikan kit ini mampu digunakan oleh pelajar pada bila-bila masa sahaja.

Artikel berkaitan

Teknik mudah penghasilan karya seni visual untuk murid berkeperluan pendidikan khas

12 kaedah pengawetan makanan untuk pengetahuan semua

Kepelbagaian aktiviti pembelajaran, guru kongsi usaha tarik minat pelajar belajar subjek Kimia


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok