Keliru untuk beli komputer riba yang sesuai? Ikuti 5 tip pemilihan komputer riba mengikut keperluan pelajar

Adlan Farhan Azwan
21 Jan 2022 04:29pm
A
A
A

Komputer riba untuk pelajar universiti, kolej mahupun sekolah bukan sahaja digunakan untuk menyiapkan tugasan tetapu turut digunakan untuk mencari maklumat, menonton filem, bermain permainan video dan banyak lagi.

Terdapat begitu banyak komputer riba untuk dipilih. Sebagai pelajar, pilihan komputer riba juga harus bersesuaian dengan penggunaan, bergantung pada bajet yang ditetapkan oleh pelajar itu sendiri.

Memilih komputer riba akan menjadi satu proses yang sukar apabila terdapat banyak perkara yang perlu dipertimbangkan.

Jangan risau, kali ini GPSBestari akan kongsikan dengan pelajar semua tentang pemilihan komputer riba mengikut bajet dan keperluan yang ditetapkan.

Tetapkan bajet terlebih dahulu. Kredit foto: Unsplash

1. Tentukan bajet terlebih dahulu

Bagi sesetengah orang, berbelanja sebanyak RM 4,000 untuk sebuah komputer riba bukan menjadi satu masalah. Namun, tidak semua orang sanggup mengeluarkan duit simpanan semata-mata untuk sebuah komputer riba.

Seharusnya pelajar perlu menetapkan bajet masing-masing terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang perbelanjaan yang tidak diperlukan.

Namun, perlu diingatkan, semakin rendah bajet yang ditetapkan, semakin terhad pemilihan komputer riba untuk dibeli.

Terdapat komputer riba dengan spesifikasi dan ciri yang berbeza bermula dengan tanda harga serendah RM 1,000 dan ke atas. Menetapkan bajet terlebih dahulu akan membantu menentukan kategori dan jenis komputer riba yang sesuai.

Baca juga Tip selamatkan barang elektrik dan elektronik yang tenggelam ketika banjir

Baca juga Komputer ditenggelami air, ikuti 5 langkah ini untuk dapatkan semula data anda

Windows digunakan secara meluas di serata dunia.

2. Pilih Sistem Pengoperasian Komputer (OS)

Windows 10 adalah salah satu sistem pengoperasian (OS) yang banyak digunakan pada hari ini dan yang paling mudah digunakan. Pengguna boleh menggunakan sebarang

perisian, sama ada produktiviti, hiburan atau permainan video. Bergantung pada keperluan yang digunakan, terdapat keperluan sistem khusus seperti Mac OS atau Linux yang memudahkan urusan pelajar.

Mac OS daripada Apple amat popular di kalangan industri kreatif.

Pemilihan OS amat penting kerana jika anda memerlukan pakej perisian yang ada pada OS Mac, anda tidak akan dapat melakukannya pada komputer riba Windows.

CPU diibaratkan sebagai otak. Tanpa otak yang baik, semua komponen di dalam komputer akan menghadapi masalah untuk berfungsi. Kredit foto: Unsplash

3. Pilih Unit Pemprosesan Pusat (CPU) dan Ingatan Capaian Rawak (RAM)

Kecekapan komputer riba terletak pada Unit Permprosesan Pusat (CPU) sama ada Intel atau AMD. Pemilihan CPU yang sesuai untuk penggunaan pelajar mungkin agak sukar. Jika anda akan menggunakan komputer riba terutamanya untuk tugasan di universiti atau melakukan tugasan asas, Intel Core i3 atau AMD Ryzen 3 sudah memadai.

Bagi pelajar yang menggunakan perisian yang lebih berat atau intensif grafik, anda disarankan untuk memilih komputer riba yang mempunyai Intel Core i5, Intel Core i7 atau AMD Ryzen 5 dan AMD Ryzen 7.

RAM yang tinggi dapat membantu melancarkan pengunaan komputer dalam seharian. Kredit foto: Unsplash

Kebanyakan komputer riba hari ini tersedia dengan 4GB RAM yang sudah memadai bagi melakukan tugas harian seperti menggunakan Microsoft Office, melayari laman web dan menonton filem. Jika anda mempunyai bajet yang lebih, 8GB RAM dapat meningkatkan prestasi komputer sekali gus memudahkan urusan kerja-kerja seharian.

Semakin tinggi saiz storan, semakin banyak maklumat dan fail-fail boleh disimpan. Kredit foto: Unsplash

4. Tentukan saiz storan yang diperlukan

Sebagai pelajar universiti, mereka akan mempunyai banyak perkara untuk disimpan seperti dokumen, pembentangan, foto, filem, muzik dan banyak lagi. Kebanyakan komputer riba hari ini didatangkan dengan cakera keras berkapasiti antara 500 GB hingga 2TB dan ke atas.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Saiz storan sebanyak 500GB sudah mencukupi untuk semua perisian yang anda perlukan. Andai kata storan anda hampir penuh, pengguna mempunyai pilihan untuk menambah saiz storan mengikut kehendak masing-masing.

Bateri yang baik mampu bertahan hampir 6-8 jam dengan penggunaan biasa. Kredit foto: Unsplash

5. Ketahanan Bateri

Bateri pada komputer riba adalah sama pentingnya dengan CPU dan RAM. Sebagai pelajar universiti, anda mungkin perlu membawa komputer riba anda ke kelas. Bateri berkapasiti besar boleh bertahan berjam-jam. Satu cara mudah untuk mengetahui kapasiti bateri komputer riba adalah dengan melihat rating. Ia biasanya ditandakan sebagai bateri 3 sel, 6 sel atau 9 sel.

Sumber: Reliance Digital

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok