Mulaika Nordin_Profile Photo 2021
Mulaika Nordin_Profile Photo 2021

Kesihatan mental dan isu psikologi, beri inspirasi buat Mulaika hasilkan karya seni

Adlan Farhan Azwan
14 Dec 2021 02:15pm
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pameran Mulaika Nordin, 18, diberi tajuk “I Know You’re Somewhere So Far” berkisar tentang kepentingan kesihatan mental dan masalah psikologi dalam kalangan remaja.

Baru sahaja menamatkan zaman persekolahan dan akan memulakan alam baru sebagai pelajar jurusan Undang-Undang, Mulaika merupakan artis abstrak yang telah melakar nama apabila menjadi artis termuda pada usia 15 tahun untuk mengadakan pameran secara solo di Balai Seni Visual Negara.

Menurut Mulaika, dalam pameran solo kedua, dia meneroka konsep hubungan yang terputus melalui perspektif seorang artis muda akibat daripada Covid-19 pada tahun 2020 dan 2021.

“Peningkatan kes kesihatan mental dan masalah psikososial sejak wabak Covid-19 melanda adalah akibat daripada perintah pergerakan yang mengakibatkan hubungan sesama masyarakat terputus, di samping tekanan emosi yang disebabkan oleh masalah kewangan dan ekonomi.

BACA JUGA: Pertunjukan boneka, 2 pelajar diiktiraf Festival Seni Rusia hingga rangkul Diploma Cemerlang. Hebat betul!

BACA JUGA: Fakulti Seni Senimatik MMU dipindahkan ke Kampus Cyberjaya

“Penggunaan media sosial dalam kalangan remaja hari ini, telah merapatkan jurang yang terputus itu dan seterusnya menyerlahkan kepentingan kesihatan mental terutamanya untuk menghapuskan stigma yang sering membelenggu topik sensitif ini,” katanya.

Hasil karya Mulaika seperti Every 40 Seconds mengetengahkan isu kesihatan mental di mana dia membuat komentar tentang kadar bunuh diri. Selain itu, karya Homosapiens and Slave of the 21st Century menyentuh tentang realiti masyarakat hari ini.

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

Walaupun kegelapan diangkat sebagai tema, karya seni ini turut dijadikan sebagai tanda penutup kepada zaman kanak-kanak Mulaika dan menganggap kisah lamanya adalah sesuatu yang optimis.

Sebanyak 63 hasil karya seni yang mengambil masa empat tahun untuk siap telah dipamerkan di Galeri Ken, Taman Tun Dr Ismail yang akan berlangsung sehingga 19 Disember 2021.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok