pexels-kampus-production-8636626
pexels-kampus-production-8636626

Panik semasa temu duga dalam talian? Dr Zulkifli kongsi tip penting yang boleh dipraktikkan

Nor Azma  Muhamat Laila
25 Aug 2021 05:40pm
A
A
A

Sejak pandemik Covid-19 melanda dunia pada penghujung 2019, banyak rutin kehidupan terpaksa dijalankan secara dalam talian termasuklah sesi persekolahan, urusan perniagaan dan sesi temu duga.

Tidak dinafikan ada pelajar yang masih belum membiasakan diri dengan kehidupan norma baharu ini sehingga timbul masalah panik terutama ketika menghadiri temu duga secara dalam talian.

Tidak kiralah temu duga itu untuk tujuan mendapatkan tawaran pengajian, biasiswa atau sebagainya, sudah tentunya setiap pelajar mengharapkan keputusan yang terbaik.

Oleh itu, GPSBestari senaraikan enam tip penting menghadiri sesi temu duga secara dalam talian seperti yang dikongsikan oleh Kaunselor Majlis Amanah Mara (MARA), Dr Zulkifli Hussain di laman Facebook beliau, baru-baru ini.

Ikuti perkongsian penuh yang dibuat Dr Zulkifli di bawah ini.

*******

Mesti pelajar pening macam mana hendak hadapi temu duga secara online waktu pandemik ini kan? Mari saya nak kongsikan sikit TIP MENGHADIRI TEMU DUGA SECARA DALAM TALIAN.

Sejak pandemik Covid-19, banyak program dilaksanakan secara dalam talian termasuklah sesi temu duga. Saya secara peribadi banyak juga terlibat sebagai panel temu duga secara dalam talian.

Justeru, perkongsian kali ini akan memberi fokus tentang tip-tip penting yang perlu diberi perhatian oleh calon-calon yang menghadiri temu duga secara dalam talian.

1) Pertama sekali, pastikan line internet dalam keadaan terbaik. Internet itu umpama nyawa semasa proses interview online korang. Kalau internet terputus maka hubungan secara maya antara calon dan panel juga terputus. Sekiranya keadaan line internet yang tidak stabil itu berterusan, maka sesi interview berkenaan tidak akan berjalan dengan lancar dan mengganggu skor penilaian. Sehubungan dengan itu, calon perlu menguji line internet sebelum sesi interview berlangsung. Buat rehearsal dulu. Cari lokasi yang sesuai untuk memastikan line internet dalam keadaan stabil.

2) Pilih background / latar belakang video yang sesuai. Semasa saya menjadi panel, saya selalu nampak calon akan letak latar belakang virtual yang saya kira kurang sesuai. Pemilihan background yang bersesuaian akan menampakkan kematangan, persediaan dan kesungguhan calon untuk menghadiri interview. So, pilih yang sesuai dan nampak profesional.

3) Patuh kepada arahan urus setia. Kepatuhan merangkumi ketepatan masa, keperluan dokumen serta arahan-arahan lain bagi memenuhi keperluan interview. Contoh, urusetia minta calon memakai nombor badan semasa sesi. Tujuan nombor berkenaan adalah untuk memastikan panel tahu nombor badan calon bagi tujuan penilaian. Justeru calon perlu menyediaan nombor berkenaan bagi melicinkan urusan interview.

4) Eye contact – Haa..Part ini paling penting! Walaupun sesi interview dilaksanakan secara dalam talian, calon perlu sentiasa memberikan eye contact yang berterusan kepada panel serta calon lain. Semasa panel dan calon lain bercakap, anda perlu tunjukkan minat dengan memberi eye contact, mengangguk dan senyum pada masa dan kadar yang bersesuaian.

5) Isi percakapan – untuk bahagian ini pada asasnya sama seperti interview bersemuka. Calon perlu memberikan pandangan dan jawapan yang padat dan tepat. Jawapan calon menggambarkan kematangan dan daya intelektual. Calon perlu membuat ulang kaji dan mengumpul bahan sesuai dengan keperluan interview. Jawapan yang matang dan luar kotak akan memberikan ekspresi yang berbeza.

6) Penguasaan Bahasa Inggeris. Banyak sesi interview yang dijalankan memerlukan calon untuk berbahasa Inggeris. Sekiranya calon mempunyai tahap keyakinan yang rendah untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris, calon tidak seharusnya cepat mengalah. Panel tidak melihat kesempurnaan dalam berbahasa Inggeris tetapi lebih daripada itu, panel melihat kesungguhan calon. Sikap kesungguhan memberi ekspresi yang positif kepada panel. Bahasa Inggeris berterabur tidak menimbulkan isu besar selagi panel faham isi percakapan calon.

Kesimpulan, calon mesti buat PERSEDIAAN dan PERSEDIAAN sebelum sesi interview. Persediaan merangkumi aspek teknikal dan kandungan percakapan. All the best kepada semua yang bakal menduduki interview. Pilihlah untuk bertenang. ORANG YANG TENANG ADALAH ORANG YANG MENANG.

Jadi, itu sahaja yang saya boleh kongsikan. Kalau anda rasa tip ini bermanfaat untuk anak-anak atau pelajar, jangan segan-silu share posting ini untuk manfaat bersama!

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok