142227-phones-review-iphone-x-review-photos-image1-ahdsiyvum0
142227-phones-review-iphone-x-review-photos-image1-ahdsiyvum0

Pelajar robotik tukar lightning port iPhone X menjadi USB type-C, kemudian jual pada RM 357,721

Mohd Khairi Mohamad Yusri
16 Nov 2021 10:18am
A
A
A

Jika anda seorang pengguna iPhone, pastinya anda tahu bahawa iPhone mempunyai port pengecasan yang berbeza daripada kebanyakan telefon pintar yang lain iaitu lightning port.

Menurut The Verge, alasan utama Apple masih tidak mahu menggunakan USB-C pada peranti iPhone adalah kerana penukaran tersebut akan membawa kepada pembaziran kerana pelanggan mereka perlukan membeli kabel dan adapter baharu.

Namun sebenarnya Apple telah pun menawarkan port USB-C ini pada peranti iPad dan juga MacBook tanpa menghadapi sebarang isu atau menerima sebarang penolakan daripada pelanggan mereka.

BACA JUGA: sekolahan 2022/2023 akan bermula 21 Mac 2022, ini info lengkap yang perlu guru dan pelajar tahu

BACA JUGA: Ain Husniza kini bersekolah swasta

Ada yang menerima sahaja keputusan Apple ini, ada juga yang menolaknya dan mengambil inisiatif untuk menukar sendiri port sambungan tersebut.

Terbaru, seorang pelajar robotik dari Swiss Federal Institute of Technology (EPFL) telah melakukan modifikasi pada sebuah iPhone X dan menjualnya pada tanda harga $86,001 (RM 357,721) di eBay.

Menurut laporan MacRumors.iPhone X tersebut telah diletakkan untuk lelongan awal bulan ini, dan bidaan pertamanya sahaja telah mencecah RM14,570 ($3,500). Secara keseluruhan, terdapat 116 bidaan dan enam penarikan balik bidaan sebelum bidaan tertinggi yang sebanyak RM357,721 ($86,001) sehingga hari ke 10 leongan.

Jika anda tertanya-tanya bagaimana modifikasi ini dapat dilakukan, lihat video di bawah yang dimuat naik oleh Pillonel di YouTube.

Mungkin ada yang berminat untuk mencuba projek Pillonel ini menggunakan peranti iPhone mereka sendiri. Untuk itu, Pillonel telah menjadikan fail projek ini sebagai sumber terbuka dan membenarkan pengguna lain untuk mencuba sendiri modifikasi tersebut.

IKUTI GPSBestari di twitter dan juga instagram

Namun mungkin kebanyakan daripada peminat iPhone hanya akan menunggu sahaja Apple sendiri memperkenalkan port USB-C pada peranti mereka, kerana proses modifikasi ini bukan sahaja pengetahuan teknikal yang mendalam tetapi juga peralatan mesin khas.

p/s:Tapi kalau mahu cuba sendiri pun tiada masalah, boleh buat untung lebih RM300,000.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok