965526
965526

Semak jadual waktu peperiksaan SPM, STAM, UBPA di sini

Mohd Khairi Mohamad Yusri
19 Nov 2021 10:25am
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Rabu memaklumkan bahawa Jadual waktu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) Tahun 2021 boleh mula disemak bermula 17 November 2021.

KPM menerusi satu kenyataan media turut memaklumkan jadual waktu peperiksaan-peperiksaan tersebut boleh dimuat turun melalui portal rasmi Lembaga Peperiksaan di pautan http://lp.moe.go.my.

“KPM menasihati semua calon agar merujuk jadual waktu peperiksaan untuk mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi," kata KPM dalam kenyataan tersebut.

Bagi pencegahan penularan wabak Covid-19, KPM turut menyarankan agar semua calon menyemak garis panduan yang telah dimuat naik di portal rasmi KPM dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Tekan link di bawah untuk semak jadual:

1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

2. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

3. Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA)

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok