13025419-2F7D-4CA9-B0DB-741A4A6499E6
13025419-2F7D-4CA9-B0DB-741A4A6499E6

Seronoknya belajar, 6 alat bantuan mengajar digital untuk guru dan pelajar

Rasyidah Zulkifi
15 Feb 2022 08:36am
A
A
A

Alat Bantuan Mengajar (ABM) penting buat guru-guru untuk memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) berkesan.

Penggunaan ABM secara dalam talian sebagai ‘teknologi di bilik darjah’ kini telah menjadi suatu ikutan, contohnya, Google Classroom.

Alatan digital seperti ini dilihat mampu memberi nilai tambah kepada guru pada sesi pada sesi PdP dengan penggunaan perisian yang sesuai.

Baca juga:

Bermula dengan hobi, guru Fizik ini berjaya raih 13 Anugerah Pendidikan Sains

Rangkaian 5G, inisiatif rapatkan jurang digital antara tumpuan KKMM

Pada entri kali ini, Sinar Bestari ingin berkongsi 6 jenis ABM yang dapat membantu guru dan pelajar.

1. Screencastify

Screencastify merupakan sambungan Google Chrome yang berfungsi sebagai perakam skrin.

ABM ini membantu guru merakam, menyunting, dan berkongsi video di skrin komputer.

Bukan itu sahaja, ia membolehkan guru memberikan maklum balas kepada pelajar, menilai pemahaman pelajar dan juga mengklon diri mereka.

Perisian digital ini berkesan dalam meningkatkan kualiti PdP di bilik darjah.

2. ViewPure

Jika guru-guru suka mengajar anak murid dengan video interaktif, maka, ViewPure adalah salah satu ABM yang berkesan pada sesi PdP.

ABM ini membantu guru-guru untuk menggabungkan elemen teknologi dalam bidang pendidikan dan dijalankan secara dalam talian.

Guru-guru cuma perlu memasukkan link video, contohnya dari YouTube, kemudian, pautan akan dijana untuk dikongsikan bersama para pelajar tanpa gangguan iklan.

3. AutoDraw

Ketika di sekolah, guru-guru pasti akan melukis bahan PdP pada papan putih supaya pelajar dapat menggambarkan apa yang sedang dibincangkan dalam kelas.

Sekarang, lukisan tersebut boleh dibuat secara digital dengan menggunakan AutoDraw.

Apabila guru-guru melukis, ABM ini akan meneka lukisan tersebut secara automatik memberi cadangan untuk menukar lukisan yang dibuat supaya menjadi lebih sempurna.

Hasilnya, para pelajar akan lebih faham topik pembelajaran di dalam kelas.

Tips bonus: Guru boleh merakam skrin semasa proses lukisan dengan Screencastify untuk membantu pelajar memahami penyampaian anda sepanjang kelas berlangsung.

4. Wakelet

Guru-guru dan pelajar boleh menggunakan Wakelet untuk menyimpan gambar, video dan siaran media sosial yang berbentuk pendidikan.

Kemudian, ia boleh disusun ke dalam fail sama ada untuk koleksi peribadi atau koleksi umum.

Pengguna boleh membuat nota tambahan bagi menerangkan sesuatu item supaya jelas. Contohnya, memberi arahan, tanya soalan dan penulisan bercerita.

5. Feedly

Feedly membantu guru-guru mengumpul, membaca dan berkongsi maklumat berkaitan silibus mata pelajaran setiap hari dalam satu tempat dengan mudah.

Sebaik sahaja mendaftar, guru-guru boleh mengikuti sub-set suapan berita atau maklumat. Contohnya, blog subjek Sejarah.

Selain itu, pelajar juga boleh berhubung dengan guru melalui ABM ini bagi menggalakkan mereka berkongsi suapan tugasan atau projek dari semasa ke semasa.

6. Live Binders

Live Binders adalah ABM hebat yang membantu pelajar mengumpulkan satu tan bahan rujukan sepanjang tahun sekolah.

Ia bertujuan untuk menyimpan sumber rujukan dalam talian dengan lebih mudah dan boleh dikongsikan dengan orang lain.

Guru-guru boleh mengumpulkan satu tajuk PdP dan membuat pengikat sendiri (binding) dengan Live Binders.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Begitu juga dengan para pelajar, apabila berjaya membuat satu kerja kursus yang lengkap secara dalam talian, anda boleh menyusun dan mengikatnya sendiri.

Kesimpulannya, Sinar Bestari berharap guru-guru dan pelajar dapat beradaptasi dengan mudah melalui PdP secara digital ini.

Sumber: Aku Pakar Blogger

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok