176074213_151214560194419_1561346500559045859_n
176074213_151214560194419_1561346500559045859_n

15 tip didik anak-anak cara Dr Sheikh Muszaphar

webadmin
02 Oct 2022 11:39am
A
A
A

Anak-anak ibarat sehelai kain putih yang perlu dicorakkan dengan baik dan teliti. Benar, bukan mudah untuk mendidik mereka namun itulah cabarannya. Pun begitu, ia akan jadi lebih mudah jika dilakukan dengan cara yang betul.

Oleh itu, jom ikuti 15 tip daripada angkasawan pertama Malaysia, Dr Sheikh Muszaphar untuk mendidik anak-anak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar)

1. Katakan 'I love you' pada setiap anak sekurang-kurangnya 10 kali sehari.

2. Jangan biarkan masa anak terbazir walau seminit. Isi dengan aktiviti pendidikan.

3. Gunakan sebaiknya ‘Golden Age’ anak-anak, iaitu usia 6 tahun pertama. Isi sebanyak mana ilmu (of course with right method) memandangkan fasa ini otak anak-anak sedang berkembang dan amat tinggi potensi untuk ilmu yang dimasukkan jadi memori kekal dalam otak anak.

4. Beri inspirasi dan galakkan kepada anak-anak untuk sentiasa mencabar limit supaya mereka akan menjadi kuat, tidak membuat alasan dan suka mencabar diri sendiri untuk berjaya.

5. Sentiasa tegas dengan peraturan tapi pada masa sayangi mereka dengan sepenuhnya.

6. Dedahkan anak dengan pelbagai aktiviti seperti Matematik, Flashcard, menunggang kuda, aktiviti kebajikan dan lain-lain. Anak akan cepat matang.

7. Kanak-kanak sukakan rutin. Kekalkan rutin.

8. Kanak-kanak tidak pernah rasa jemu. Jadi gunakan sebaik-baik masa untuk mereka penuhi dengan pelbagai aktiviti.

9. Communicate communicate communicate! Knee down & bend down apabila bercakap dengan anak (eye level) supaya mereka merasa apa yang kita cakap tu penting.

10.Jangan sekali-kali berkata 'tidak' (kerana ini hanya komunikasi sehala). Banyakkan guna 'WHY'.

11. Start young! Jadi bila besar, mereka tak cepat penat, kita juga tak penat.

12. Persekitaran yang baik di rumah. Bekalkan kemudahan yang kondusif untuk anak-anak belajar. Jangan gaduh depan anak.

13. Belajar bahasa. Kanak-kanak sangat mudah belajar bahasa baru.

14. Kenal pasti tanda-tanda tekanan dan buat semula jadual.

15. EDUCATION STARTS AT THE AGE OF 6, BUT LEARNING BEGINS AT BIRTH.

Artikel berkaitan

Bercita-cita nak jadi angkasawan? Ini 5 fakta menarik yang anda perlu tahu 

6 teknik orang Jepun mendidik anak-anak boleh bantu ibu bapa di rumah!

“Kami akan terus mendidik selagi Tuhan mengizinkannya”


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan