261013737_4933266523349979_9210040771386918998_n
261013737_4933266523349979_9210040771386918998_n

“Kami akan terus mendidik selagi Tuhan mengizinkannya”

Roshlawaty Md Raieh
16 Dec 2021 11:59am
A
A
A

“Syukur alhamdulillah. Terima kasih semua atas doa yang diberikan.

“Semoga dengan penganugerahan ini akan memberi inspirasi kepada saya dan rakan-rakan guru yang lain untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang dan penuh dedikasi.

“Insya-ALLAH, saya akan terus mendidik selagi mana ada nafas”

Inilah sebahagian ucapan daripada guru-guru yang menerima pelbagai anugerah sepanjang berkecimpung dalam dunia pendidikan.

Anugerah seperti Anugerah Khas Guru, Anugerah Guru Adiwira, Anugerah Guru Penyayang, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan banyak lagi telah disampaikan kepada guru yang layak pada majlis yang diadakan sekolah masing-masing, baru-baru ini.

Sebagai penghargaan untuk barisan guru yang telah banyak menabur jasa dalam mendidik dan mengajar anak-anak murid tanpa kenal erti lelah, Sinar Bestari kongsikan sebahagian nama mereka yang menerima pengiktirafan.

Tahniah! Tahniah! dan Tahniah! buat cikgu-cikgu berkenaan. Semoga kejayaan ini akan memberi inspirasi kepada semua guru-guru yang lain.

1) Ikon Guru 2020 peringkat daerah Pasir Puteh, Kelantan – Cikgu Dr Salbiah Mohamad Salleh, Guru Cemerlang Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, Kelantan.

2) Anugerah Guru STEM – Cikgu Abd Rahman Ali Bashah, SMK Jenjarom, Selangor.

3) Anugerah Guru PdPR Terbaik 2021 – Cikgu Abdul Raheym Ahmad, Kolej Vokasional Balik Pulau, Pulau Pinang.

4) Anugerah Princess Maha Chakri 2021 - Cikgu Norhailmi Abdul Mutalib, Guru Cemerlang Sains, Sekolah Menengah Kebangsaan Jerlun, Kedah.

5) Anugerah Guru Berjasa Majlis Sukan Sekolah Negeri Johor – Cikgu Norwahyu Abdul Wahab, Sekolah Kebangsaan Bandar T6, Johor.

6) Anugerah Guru Cemerlang Kokurikulum Lelaki SM – Cikgu Abdul Hakeem Misnan, SMK Jalan Kota Tinggi, Johor.

7) Anugerah Guru Cemerlang Kokurikulum (Lelaki Sekolah Rendah) – Cikgu Eswaran A/L Balakrishinan, SJKT Ladang Elaeis.

8) Hero PdPR Sekolah Rendah Daerah Kulai 2021 (Prasekolah) – Cikgu Alfian Mansor, SK Sayong Pinang.

9) Hero PdPR Sekolah Rendah Daerah Kulai 2021 (Bahasa Melayu) – Cikgu Nariza Masdar, SK Kangkar Pulai.

10) Hero PdPR Sekolah Rendah Daerah Kulai 2021 (Bahasa Inggeris) – Cikgu Mohd Rafi Ahmad Hamil, SK Kulai I.

11) Anugerah Khidmat Cemerlang 2020, 2015, 2013 dan 2009 – Cikgu Mohammad Noor Azlan Idris, SMK Syed Abu Bakar, Baling, Kedah.

12) Anugerah Guru Ikon Inovasi Pendidikan Peringkat Daerah Klang 2021 – Cikgu Dr Nor Hayati Ramlan, SMK Tengku Idris Shah.

13) Anugerah Kualiti Guru (Guru Cemerlang), Majlis Anugerah Kecemerlangan HEM & Kokurikulum SMK Agama Kuala Lumpur 2021 – Cikgu Mujahidin Syahid Nasrudin, SMK Agama Kuala Lumpur.

14) Anugerah Guru Cemerlang Hebat Bahasa Negeri Johor – Cikgu Noraini Ismail, SMK (P) Sultan Abu Bakar, Muar, Johor.

15) Anugerah Outstanding Young Teacher Of The Year Tahun 2021 - Cikgu Macliffton Tembak Sinau, guru prasekolah SK Nanga Pelagus, Sarawak.

16) Anugerah Guru Cemerlang, sempena Hari Guru Daerah Besut 2021 – Cikgu Mahani Abdul Manan, Penolong Kanan Pentadbiran (Rendah), SK Nyiur Tujuh.

17) Anugerah Guru Inspirasi bulan Julai Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (SEPINTAR) – Cikgu Norrahila Salleh dan Cikgu Najwa Musa

18) Guru Cemerlang KAFA Integrasi Zon 2 Petaling – Cikgu Mohamad Hilmi Zahari, KAFAI Al Insan.

19) Anugerah Guru Cemerlang Sukan Sekolah Menengah Peringkat Daerah Setiu, Cikgu Mohd Azhar Ma Hassan, SMK Sains Setiu.

20) Anugerah Guru Cemerlang (Pendidikan Islam) Peringkat Daerah Sepang 2021 – Ustaz Zulkifli Abd Mubi, SAM Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor.

21) Anugerah Guru Cemerlang (Guru Sekolah Khusus) Peringkat Daerah Sepang 2021 – Cikgu Nor Aeida Ab Wahab, SAM Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor.

Artikel berkaitan

Ini dia, 5 ciri guru yang disukai pelajar

4 guru KV Keningau lakar kejayaan di Amerika Syarikat

Ribuan pelajar mohon jadi Felo Perdana, Pei Ling terkejut namanya yang jadi pilihan. Cukup terharu!


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok