3 kaedah memujuk murid yang boleh dilakukan guru, mudah dan senang
3 kaedah memujuk murid yang boleh dilakukan guru, mudah dan senang

3 kaedah memujuk murid yang boleh cikgu cuba, diakui sangat mudah dilakukan!

Roshlawaty Md Raieh
05 Aug 2022 02:54pm
A
A
A

KELAS yang ceria akan membuatkan murid-murid teruja mengikuti pembelajaran. Namun jika ia sebaliknya, anak-anak didik akan berasa bosan dan ada antara mereka mula mempamerkan 1,001 kerenah dan masalah.

Dalam memastikan bilik darjah sentiasa seronok, para guru perlu bersedia dengan pelbagai bahan menarik yang ingin disampaikan kepada murid.

Dalam masa sama, mereka juga perlu mengamalkan beberapa kaedah tertentu sekiranya berhadapan dengan apa sahaja kerenah para pelajar.

Guru Bahasa Arab, Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan, Ipoh, Perak, Ustaz Quszaini Abd Manan berkata, kerenah murid dalam bilik darjah perlu dihadapi dengan bijaksana oleh para guru.

“Perkara sebegini memang biasa berlaku dan sebagai jalan penyelesaiannya, cikgu-cikgu kena cekap dan bijak dalam mengendalikan mereka,” ujarnya.

Sebagai membantu guru-guru berdepan dengan kerenah murid terutama berkaitan dengan masalah enggan hadir ke sekolah, tidak bersedia dan tiada motivasi untuk ke sekolah, Ustaz Quszaini kongsikan beberapa kaedah memujuk murid yang boleh dilakukan guru-guru.

Antara kaedahnya adalah

1) Memujuk melalui rayuan emosi ganjaran

Pendekatan ini adalah rayuan emosi anak-anak. Dengan adanya rayuan dan penyusunan mesej yang penuh kasih sayang, akan dapat mempengaruhi emosi individu tersebut. Sebolehnya, guru-guru menggunakan ayat menyentuh hati muridnya dengan cara mempengaruhi perasaan dan minda seseorang.

2) Beri penghargaan dan pengiktirafan

Penghargaan dan pengiktirafan adalah elemen penting dalam memotivasikan murid untuk belajar dan memberi semangat untuk mencuba sesuatu yang baharu. Pujian antara bentuk penghargaan dan pengiktirafan paling mudah namun memberi kesan besar terhadap motivasi murid.

Guru perlu sentiasa memberi pujian kata-kata semangat dan dorongan dapat membantu meningkatkan keyakinan murid terhadap pembelajarannya.

Sebenarnya, dalam berhadapan dengan isu murid ini, langkah pro aktif guru sangat diperlukan bagi memastikan murid terus aktif dalam bilik darjah. Kebijaksanaan guru untuk mengenal keperluan pembelajaran setiap muridnya amat penting dalam merancang pendekatan.

3) Pupuk yakin diri murid

Pemupukan keyakinan diri dalam jiwa anak-anak adalah amat penting dalam institusi keluarga. Tanpa keyakinan diri, iman dan moral murid akan lemah dan goyah.

Dalam konteks di sekolah, guru perlu meyakinkan murid bahawa dengan ilmu sahaja dapat mengubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik.

Menerusi kaedah-kaedah berkenaan, Ustaz Quszaini yakin bahawa murid-murid akan dapat mengubah dan membina keyakinan mereka untuk ke sekolah dengan suasana yang sangat menyeronokkan dan bermotivasi.

Artikel berkaitan 

Ustaz Quszaini kongsi 4 kaedah mudah hafal surah

Keperibadian murid ini buat Ustaz Nazri terkenangkan arwah anak. Ya ALLAH, sebaknya!

Kesanggupan Ustaz Fadzrol demi penuhi minat generasi muda jadi bilal buat ramai salute!


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan