Penggunaan gajet dan teknologi dalam sistem pendidikan negara semakin meluas sejak negara dilanda Covid-19 dua tahun lalu.
Penggunaan gajet dan teknologi dalam sistem pendidikan negara semakin meluas sejak negara dilanda Covid-19 dua tahun lalu.

5 tip daripada Pejabat Pendidikan Daerah galak sertai pertandingan selepas fasa pandemik

Rasyidah Zulkifi
30 May 2022 09:09pm
A
A
A

Sejak penularan Covid-19 seluruh dunia dua tahun lalu, landskap pendidikan negara telah berubah sebaik sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka dihentikan di fasa pandemik.

Bermula saat inilah, pendidikan berasaskan digital telah diaktifkan dan begitupun penganjuran pertandingan yang melibatkan sekolah, guru dan pelajar tetap diteruskan dalam usaha menyemarakkan suasana pembelajaran ketika pandemik.

Yang pasti, setiap aktiviti mahupun pertandingan yang dianjurkan mana-mana pihak mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Artikel Berkaitan

Murid berbakat ceburi pelbagai pertandingan, raih anugerah peringkat sekolah hingga kebangsaan

Jalinan kerjasama guru dan pelajar, SMK Seri Permaisuri berjaya ungguli pertandingan cipta resipi makanan sihat

Menurut Pegawai Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (USTP), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat, Yusri Abd Hamid, kebiasaannya program yang dianjurkan sememangnya mewajibkan sekolah menghantar penyertaan dalam kalangan cikgu ataupun murid yang berkelayakan mengikut kategori.

Tambah beliau, berdasarkan pemerhatiannya sepanjang melaksanakan tugas selama enam tahun, kalau sekadar makluman, pastinya tiada penyertaan.

“Tidak dinafikan, setiap pertandingan yang dianjurkan pastinya ada prosedur untuk diuar-uarkan kepada sekolah-sekolah setiap negeri.

Penggunaan gajet dan teknologi dalam sistem pendidikan negara semakin meluas sejak negara dilanda Covid-19 dua tahun lalu.

“Walaupun begitu, kami pastinya tidak akan melepaskan pertandingan yang berpotensi dan akan mewajibkan sekolah-sekolah yang layak menghantar penyertaan. Selain guru, kami turut mewajibkan penyertaan murid-murid,” katanya yang merupakan bekas guru mata pelajaran Sains dan Kemahiran Hidup.

Ujarnya lagi, para pendidik perlu mencari inisiatif untuk melibatkan murid dalam apa jua pertandingan di bawah PPD dan pada masa sama tidak mengabaikan pelajaran.

Ulas Yusri lagi, setakat ini tiada sebarang masalah termasuklah soal kewangan kerana pihaknya tidak pernah membebankan sekolah.

“Guru perlu fikirkan cara untuk mencari calon dan mencungkil bakat anak-anak murid untuk diketengahkan kerana banyak bakat tependam.

“Kalau ikutkan murid, mereka bersedia untuk sertai apa jua pertandingan cuma mereka tidak pernah diberi peluang.

Walaupun Covid-19 'menyerang' negara dan sistem pendidikan secara bersemuka 'lumpuh', ia tetap tidak membataskan penyertaan pertandingan dalam kalangan warga sekolah secara dalam talian.

“Setiap pertandingan yang dianjurkan selalunya tidak melibatkan yuran penyertaan dan jadi tiada masalah dari segi kos,” jelasnya.

Meneruskan perbualan dengan Sinar Bestari, Yusri memberitahu kesemua program PPD adalah pertandingan yang sama diadakan saban tahun bagi memastikan kelangsungan pencarian cari bakat baharu.

Untuk itu, Yusri turut berkongsi dengan pembaca terutamanya sekolah, cikgu-cikgu dan murid-murid tip untuk menyertai pertandingan.

***

1. Baca dan fahami terma serta syarat

Setiap peraduan yang diadakan di sekolah pastinya tertera terma dan syarat yang ditetapkan. Oleh itu, penting buat murid, guru dan pembimbing untuk baca dengan teliti dan fahami dahulu keterangan tersebut. Contoh, Pertandingan Penulisan Kreatif Pengkarya Muda memerlukan penyertaan daripada calon Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat. Justeru, penting buat murid, guru dan pembimbing untuk baca dengan teliti dan fahami dahulu keterangan tersebut.

2. Pastikan karya asli

Bagi mengetengahkan karya ke peringkat seterusnya elemen keaslian memainkan peranan yang sangat penting. Sekiranya ketulenan itu tiada jadi sukar untuk kembangkan bakat murid selain panel juri berdepan masalah untuk memberi markah kepada peserta. Ia sangat diperlukan dalam apa jua pertandingan yang dianjurkan.

3. Rancang

Peserta dan pembimbing perlu membuat perancangan pertandingan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Contohnya, jika ingin menyertai peraduan menulis cerpen perlu menyediakan papan cerita terlebih dahulu. Ia digunakan untuk menentukan permulaan, pertengahan dan klimaks jalan cerita penulisan tersebut.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

4. Persediaan secukupnya

Penting untuk melakukan persiapan dari segi fizikal, mental dan emosi yang secukupnya sepanjang pertandingan berlangsung. Ia menentukan kualiti karya yang akan dipertandingkan di hadapan panel penilai. Dari segi fizikal peserta perlu memahami apa yang perlu dikeluarkan, manakala mental dan emosi pula mestilah kuat ketika memasuki pertandingan.

5. Usaha, doa dan tawakal

Selepas melakukan usaha sehabis baik untuk mendapatkan hasil terbaik, peserta hendaklah berdoa dan berserah mengikut kepercayaan masing-masing. Jika memang sudah rezeki pasti akan mencapai kejayaan dalam pertandingan tersebut. Namun, sekiranya kemenangan tidak berpihak kepada murid, maka janganlah berputus asa.

Profil

Nama penuh: Yusri Abd Hamid

Umur: 43 tahun

Asal Kelahiran: Selangor

Sekolah/Pendidikan:

1. Sekolah Kebangsaan (SK) Semenyih (1986-1991)

2. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Bangi (1992-1994)

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan