K006716_Gambar zit (1)
K006716_Gambar zit (1)

6 tip pemakanan seimbang, sebagai panduan hidangan penerima RMT

Rasyidah Zulkifi
08 Aug 2022 05:28pm
A
A
A

Semua murid perlu mengamalkan tabiat pemakanan yang seimbang sejak di bangku sekolah lagi kerana banyak manfaat yang akan diperoleh.

Jika terpilih menjadi penerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT), mereka akan mendapat hidangan lengkap dan percuma yang disediakan melalui pihak kantin.

Lazimnya, penerima terdiri daripada mereka yang berada di Tahun Satu hingga Enam dan berlatarbelakangkan keluarga B40.

Pemilihan dilakukan jika murid memegang status anak yatim dan mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai.

Pakar pemakanan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Ruzita Abd Talib berkata, anggaran kos penyediaan makanan untuk murid RMT yang sewajarnya ialah RM4.

Ruzita

“Kalau kurang daripada itu, ia akan menyukarkan pihak kantin menyediakan makanan seimbang untuk mereka.

“Dengan bajet serendah itu pun sebenarnya tidak dapat membekalkan tenaga yang secukupnya kepada murid-murid.

“RM4 untuk satu hidangan setiap hari hanya menyumbang 25 peratus dan belum memenuhi keperluan kalori dalam badan,” katanya ketika dihubungi Sinar Bestari baru-baru ini.

Setiap badan mempunyai had kalori yang berbeza-beza dan jika melebihi batas, maka berat badan akan bertambah.

Menurut Ruzita, untuk menikmati makanan yang seimbang, murid-murid tidak boleh mengharapkan RMT sahaja.

“Sekiranya RMT diberikan sewaktu rehat sesi pagi atau petang, jadi waktu makan yang lain, contohnya tengah hari dan malam, tolong makan di rumah.

“Dengan berbuat demikian akan membantu murid-murid mendapatkan zat yang mencukupi dan mengelakkan diri daripada malnutrisi,” ujarnya.

Tambah Ruzita, pihak kantin sekolah perlu mengekalkan kemampuan murid-murid sekolah.

“Walaupun penerima RMT, kadangkala hidangan yang diberikan kepada mereka tidak mengenyangkan perut.

“Murid-murid ini nanti akan membeli juga makanan lain. Jadi, sepatutnya pihak kantin sekolah perlu menawarkan harga yang rendah kepada mereka (murid-murid).

“Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga boleh membantu memberikan pandangan ataupun bantuan yang bersesuaian untuk penerima RMT yang memerlukan,” tuturnya sebelum mengakhiri perbualan.

Sebelum itu, Ruzita turut berkongsi enam tip pemakanan seimbang yang boleh diamalkan bersama.

Artikel berkaitan 

“Siasatan mendapati gambar itu bukan makanan RMT” – Radzi

Tip pemakanan sihat semasa bulan Ramadan

6 tip jadi pemain catur


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan