8 ciri pemimpin sekolah yang menjadi dambaan guru di Malaysia
8 ciri pemimpin sekolah yang menjadi dambaan guru di Malaysia

8 ciri pemimpin sekolah yang menjadi dambaan guru di Malaysia

Roshlawaty Md RaiehRoshlawaty Md Raieh
17 Nov 2022 06:35pm

Menjadi pemimpin di sekolah bukanlah perkara mudah. Ini kerana, seseorang pemimpin itu harus memenuhi pelbagai kriteria sebelum mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai ketua.

Definisi bagi pemimpin membawa maksud individu yang dilantik untuk menjadi ketua dalam sesebuah organisasi.

Setiap pemimpin yang dipilih, wajib bersifat amanah, jujur serta telus dalam tugas dan tanggungjawab hakiki yang diberikan.

Menurut Guru Bahasa Arab, Sekolah Kebangsaan (SK) Pasukan Polis Hutan, Ipoh, Perak, Ustaz Quszaini Abd Manan, ada beberapa ciri pemimpin sekolah yang diperlukan oleh guru-guru di negara ini.

Salah satunya adalah cakna, menghormati idea dan mendengar pandangan guru-guru bawahannya.

Sambung beliau lagi, pemimpin yang dapat memenuhi keinginan para guru, sudah pasti akan disayangi dan diterima baik oleh warga sekolah.

Justeru, Ustaz Quszaini tampil berkongsi dengan Sinar Bestari ciri pemimpin sekolah yang menjadi dambaan golongan pendidik.

Jom baca perkongsian daripada Ustaz Quszaini yang sudah 11 tahun bergelar pendidik.

*****

Ciri pemimpin sekolah yang diharapkan

1) Memiliki sikap belas kasihan, prihatin, berkebajikan dan merendah diri.

2) Mampu menjadi pendengar setia, melihat dan merasai denyut nadi guru-guru bawahannya.

3) Pemimpin itu mestilah bertanggungjawab dan tidak sombong kepada mereka yang di bawah pimpinannya.

Sabda Rasulullah SAW; ‘Ingatlah bahawa setiap daripada kamu adalah penjaga dan setiap penjaga bertanggungjawab terhadap apa yang dijaganya. Dan seorang pemimpin itu bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya.’ - (Riwayat al-bukhari).

4) Seorang pemimpin hendaklah berakhlak, baik budi pekertinya, menjadi teladan baik dalam semua tindak tanduk dan bebas daripada kerosakan moral.

5) Pemimpin hendaklah menunaikan janji kepada orang bawahannya. Pemimpin yang mengotakan janji adalah pemimpin yang disenangi dan dipercayai, bukannya berjanji palsu dan menghampakan orang bawahan mereka.

6) Seorang ketua juga hendaklah mempunyai daya kekuatan hingga mampu menggerakkan semangat orang lain dan mempunyai daya tahan fizikal serta mental.

7) Pemimpin hendaklah tahu bahawa mereka adalah pemandu yang membawa atau mendorong pengikutnya kepada jalan yang terbaik agar selamat sampai kepada tujuan sebenar. Ini hanya tercapai dengan sempurna jika dibawah naungan syariat Islam berpandukan al-Quran dan al-sunnah.

8) Warga sekolah akan merasa lapang sekiranya pemimpin mereka membawanya berada dalam keadaan tenang dan menimbulkan rasa optimis walau seburuk mana sekali pun situasi yang sedang dihidapi.

Kesimpulannya, Sinar Bestari berharap pemimpin dan bakal pemimpin di sekolah dapat memenuhi ciri-ciri yang dikongsikan oleh Ustaz Quzaini ini.

Semoga dipermudahkan segala urusan para pemimpin di semua sekolah dan pusat pengajian tinggi, insya-ALLAH.

Artikel berkaitan 

3 kaedah mudah tangani keciciran murid Orang Asli, ini perkongsian Ustaz Quszaini

Ustaz Kartun dedah rahsia faham surah al-Quran, melalui 3 teknik ‘kartungogi’

Benarkah bebanan kerja jadi sebab lebih ramai guru pilih bersara awal?


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp
Artikel Disyorkan