HomeGen Z8 kriteria hasilkan Modul Pembelajaran PdPR berkualiti, guru-guru boleh cuba ini!

Artikel Berkaitan

8 kriteria hasilkan Modul Pembelajaran PdPR berkualiti, guru-guru boleh cuba ini!

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) masih lagi berjalan seperti biasa mengikut jadual penggiliran di sekolah masing-masing.

Bagi murid yang berhadapan masalah untuk mengikuti PdPR, guru-guru sudah menemui solusi untuk mengatasi masalah tersebut.

Di sini, ada disediakan Modul Pembelajaran untuk guru-guru agihkan kepada murid yang tidak dapat menjalani PdPR dan ia perlu diedarkan beberapa hari sebelum pembelajaran.

Dalam pada itu, Modul Pembelajaran yang berkualiti boleh memberikan impak pembelajaran yang memuaskan semasa PdPR.

Namun ada beberapa kriteria yang telah ditetapkan dalam Manual PdPR 2.0 sebagai panduan kepada guru.

Mari kita tengok apa kriterianya.

Baca juga

“Jauh lagi ke Kudat bang? Lagi 70 kilometer?” – Cikgu Khairul Azman ke Sabah demi tabur bakti!

Etika menghantar e-mel rasmi yang ramai terlepas pandang. Pelajar dan graduan, mohon beri perhatian!

*****

Modul Pembelajaran

Antara kaedah PdPR yang boleh digunakan ialah pembelajaran menggunakan modul dan pembelajaran berasaskan projek.
1) Modul Pembelajaran perlu dirancang dan berstruktur untuk memenuhi keperluan mata pelajaran dan dilaksanakan dalam tempoh yang bersesuaian.
2) Modul Pembelajaran yang dibangunkan perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
(a) Sasaran murid (prasekolah, rendah, menengah)
(b) Tajuk atau tema modul
(c) Objektif pembelajaran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
(d) Tempoh pelaksanaan aktiviti
(e) Penerangan berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti
(f) Nota berstruktur berkaitan dengan tajuk modul
(g) Aktiviti yang relevan dengan topik PdP
(h) Pentaksiran untuk mengukur penguasaan murid

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Semoga perkongsian ini membantu guru untuk menghasilkan Modul Pembelajaran bagi kegunaan PdPR dengan lebih berkualiti dan berkesan.

Sumber: Blog Cikgu Hailmi

Artikel Terkini