photo-1542744095-291d1f67b221
photo-1542744095-291d1f67b221

Etika menghantar e-mel rasmi yang ramai terlepas pandang. Pelajar dan graduan, mohon beri perhatian!

Roshlawaty Md Raieh
27 Nov 2022 04:55pm
A
A
A

Penggunaan e-mel pada masa kini dianggap sebagai satu bentuk komunikasi yang sangat penting.

Ini kerana, pelbagai kelebihan yang dimiliki e-mel sehingga ramai pengguna menjadikannya sebagai pilihan utama dalam semua urusan.

Namun begitu, adakah semua orang terutamanya pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) mahir menulis e-mel?

Tahukah mereka etika dan tatacara menulis e-mel ini?

Artikel kali ini akan membicarakan tentang etika menghantar e-mel rasmi dan cara menggelak daripada melakukan kesilapan.

Ikuti perkongsian yang dipetik menerusi Facebook Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini.

*****

Etika ketika menghantar e-mel rasmi adalah amat penting.

Pada zaman teknologi ini, ramai orang menggunakan e-mel sebagai pengantara atau medium untuk sebarang urusan rasmi.

Namun begitu, segelintir generasi muda masih belum arif menghantar e-mel rasmi dengan betul.

Amat mendukacitakan jika ia berlaku dalam kalangan mahasiswa IPT.

Sekiranya kesilapan mahupun kelemahan menggunakan e-mel rasmi ini berlaku kepada mahasiswa ataupun graduan yang sedang mencari pekerjaan, sudah tentu ia memberi persepsi yang negatif kepada bakal majikannya.

Antara kesilapan yang biasa dilakukan ketika menghantar e-mel rasmi adalah:

1. Tiada subjek atau tajuk e-mel.

2. Menulis kesemua kandungan pada bahagian tajuk e-mel.

3. Tidak memberi salam dan perkenalkan diri.

4. Menggunakan perkataan singkatan.

5. Penggunaan huruf besar dan kecil yang tidak tepat.

6. Struktur gaya bahasa yang lemah.

7. Tidak menyatakan secara jelas tujuan e-mel dihantar.

8. Tercicir lampiran fail yang sepatutnya dihantar.

Sepatutnya kaedah ataupun cara menghantar e-mel rasmi ini tidak menjadi masalah besar kepada mahasiswa khususnya tapi apabila perkara ini tidak dititikberatkan, ia boleh memberi kesan buruk kepada seseorang.

Sumber: Facebook Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM

Artikel berkaitan 

Kenali permainan tradisional yang popular satu ketika dahulu. Pelajar wajib tahu ini!

Sering berdepan ketakutan ketika berucap, berikut 14 persediaan yang wajib pelajar hadam!

10 istilah kesusasteraan yang sering digunakan guru dan pelajar. Ini definisinya


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan