Elangkumaran
Elangkumaran

Berpengalaman mengajar 37 tahun, Elangkumaran kongsi 7 tip jadi guru cemerlang

Rasyidah Zulkifi
17 May 2022 10:58am
A
A
A

Menjadi guru yang cemerlang bukanlah mudah untuk dicapai bagi seseorang pendidik itu kerana perlu melalui pelbagai proses, rintangan dan cabaran terutama dalam zaman kecanggihan teknologi dan kewujudan media sosial.

Begitulah yang halnya Elangkumaran Davarajoo, 59, dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai pendidik sehingga berjaya menjadi guru besar di beberapa sekolah luar bandar terletak di Selangor.

Baca juga

Nak mohon Guru Cemerlang, ini fail-fail yang cikgu perlu sediakan!

Guru cemerlang Kimia terima anugerah antarabangsa

Baca juga Nak mohon Guru Cemerlang, ini fail-fail yang cikgu perlu sediakan! Guru cemerlang Kimia terima anugerah antarabangsa Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Saraswathy, Sungai Buluh, SJKT Ladang Sungai Bernam, Sabak Bernam dan SJKT Ghandiji Parit 4, Sekinchan dan SJKT Ladang Selangor River, Kuala Selangor adalah antara sekolah yang pernah menjadi tempat Cikgu Elangkumaran mencurah bakti mendidik anak bangsa.

Cikgu Elangkumaran ketika melakukan pemantauan murid prasekolah di SJKT Ladang Selangor River

Bukan itu sahaja, malah sepanjang 37 tahun berkhidmat sebagai guru, Cikgu Elangkumaran juga berkesempatan menjadi guru untuk beberapa mata pelajaran.

“Pada mulanya saya mengajar subjek Bahasa Tamil dan Sains. Kemudian Pendidikan Moral dan Pendidikan Muzik.

“Kadang-kadang mengganti cikgu lain untuk mengajar subjek teras seperti Bahasa Melayu dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi Sinar Bestari, baru-baru ini.

*

7 tip jadi guru cemerlang

1) Betulkan niat ketika mengajar

2) Bersiap sedia dengan cabaran yang akan dihadapi pada bila-bila masa tanpa diduga

3) Timba ilmu daripada guru yang berpengalaman

Elangkumaran Davarajoo

4) Asah kemahiran teknologi maklumat (IT) untuk diaplikasikan pada sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP)

5) Kuasai ilmu pengetahuan mengikut kepakaran masing-masing

6) Mempunyai kemahiran baik yang lain untuk memastikan keberkesanan PdP

7) Jujur dalam melaksanakan tugasan untuk kekal komited sepanjang masa.

Semoga semua dapat menjadi guru cemerlang dan berpengalaman dengan mengamalkan 7 tip ini.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan