Guru dan pelajar, ini kaedah yang sesuai untuk merawat kulit melecur!
Guru dan pelajar, ini kaedah yang sesuai untuk merawat kulit melecur!

Guru dan pelajar, ini kaedah yang sesuai untuk merawat kulit melecur!

webadmin
11 Apr 2022 03:22pm
A
A
A

Setiap orang pasti mempunyai pengalaman terkena api atau percikan minyak panas ketika mengendalikan alatan berkaitan penggunaan api.

Kebiasaan yang sering dilakukan oleh orang ramai apabila melecur, mereka akan menggunakan petua-petua tradisional untuk mengurangkan kesan lecur.

Pegawai Perubatan Unit Kebakaran, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Seow Sul Na berkata, ramai orang pernah mengalami kebakaran peringkat pertama dan kedua berpunca daripada kemalangan di dapur sama ada terkena percikan minyak, air panas atau terkena api.

Malangnya, beliau berkata, hanya sebilangan kecil membuat rawatan yang betul untuk merawat kulit melecur.

“Selalunya, untuk mengubati bahagian melecur, ada antara kita menggunakan petua tradisional yang tidak berkesan seperti menyapu mentega, ubat gigi dan sos kacang soya.

“Ini kerana, mereka mempercayai bahawa kaedah berkenaan dapat membantu menyembuhkan luka dan melegakan kesakitan. Bagaimanapun, bahan-bahan tersebut sebenarnya tidak berkesan malah mungkin akan memburukkan lagi keadaan,” katanya.

Menurut beliau, melecur merupakan perkara yang lumrah dan ramai dalam kalangan kita masih tidak menyedari terdapat beberapa peringkat melecur yang berbeza.

“Sebagai contoh melecur peringkat pertama ialah kecederaan pada bahagian kulit luar sahaja dan ia melibatkan bahagian epidermis dan terasa sakit serta menyebabkan kemerahan pada kulit.

“Melecur peringkat kedua pula ialah kecederaan sampai ke tisu dan otot-otot lapisan atas kulit musnah.

“Kulit kelihatan kemerahan dan menggelembung dan terasa sangat sakit, manakala melecur peringkat ketiga pula mengakibatkan kerosakan pada semua atau pelbagai lapisan kulit, meninggalkan kesan kulit lecur yang hangus dan peringkat ini adalah serius serta memerlukan bantuan daripada pakar perubatan,” jelasnya.

Tambah Sul Na, bagi kes melecur, kulit akan segera melepuh dan jika tidak dirawat dengan sempurna akan meninggalkan kesan parut.

Beliau turut menegaskan agar mereka yang terkena lecuran akibat daripada percikan api atau minyak panas, pencegahan awal meletakkan bahagian yang melecur dengan cara menyiram air bersih mampu mengurangkan kesakitan.

Beliau berkongsi informasi tersebut dengan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pelagat, Jertih, Terengganu sempena Hari Kesihatan peringkat Sekolah yang lalu.

Akhir sekali, Sul Na mengingatkan semua pelajar agar sentiasa berwaspada ketika mengendalikan alatan berkaitan api yang boleh menyebabkan kebakaran atau kecederaan untuk mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku.

Sumber: Portal USM

Artikel berkaitan 

“Di mana Sekolah Kebangsaan Sungai Anib bang? Jauh ke? Dua hari dah hati saya tak tenang”

Antara pelajar genius Malaysia yang buat ramai kagum. Tahniah!

Jom ketahui jenis-jenis servis yang selalu digunakan dalam sukan badminton


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan