michael-longmire-lhltMGdohc8-unsplash (1)
michael-longmire-lhltMGdohc8-unsplash (1)

Ini tip pengurusan kewangan yang perlu diketahui oleh pelajar universiti

webadmin
28 Oct 2021 01:04pm
A
A
A

Ketika masih di bangku sekolah, ibu bapa adalah individu yang sering menguruskan dan memberi wang belanja pada setiap hari.

Namun ia berbeza selepas seseorang pelajar memasuki alam universiti, di mana mereka perlu menguruskan sendiri aktiviti perbelanjaan harian.

Oleh itu, pengetahuan dalam pengurusan kewangan yang baik amat diperlukan bagi memastikan mereka tidak boros dan mampu kekal berbelanja mengikut bajet yang ditetapkan, kerana dikhuatiri amalan tidak sihat tersebut akan berkekalan sehingga memasuki alam pekerjaan kelak.

Oleh itu, Sinar Bestari senaraikan beberapa tip kewangan yang boleh dijadikan panduan oleh pelajar-pelajar universiti.

1. Sentiasa mengikuti bajet yang telah ditetapkan

Mungkin semasa masih berada di sekolah, anda merasa bebas untuk berbelanja semua wang saku yang diberi oleh ibu bapa, mahupun hasil bekerja sambilan. Oleh itu, ketika melanjutkan pengajian, tabiat ini mungkin akan terbawa-bawa walaupun sudah berada di universiti. Jadi, kawalan perbelanjaan dan pendapatan adalah sangat penting untuk anda memantau setiap aliran tunai.

Adalah sangat penting untuk duduk sebentar dan melihat keadaan kewangan anda sama ada anda berpengalaman dengan belanjawan atau tidak.

Catatkan semua pendapatan anda sama ada daripada ibu bapa, pinjaman/biasiswa, gaji kerja sambilan atau sumber lain. Kemudian letakkan kategori dengan perbelanjaan tersebut. Mungkin pada mulanya anda tidak dapat memaksa diri untuk mematuhi peruntukan kewangan yang ditetapkan tetapi lambat laun, pasti akan sedar di mana kemampuan diri.

Tiada jalan pintas untuk menguruskan kewangan. Tetapkan belanjawan dan bahagian yang paling sukar, sentiasa ikut kemampuan kewangan masing-masing. Cuba kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu dan sentiasa memantau perbelanjaan yang dilakukan.

2. Simpanan ketika kecemasan

Dana simpanan kecemasan ialah wang yang telah diasingkan untuk tujuan kecemasan. Apabila anda mempunyai lebihan wang, masukkan ke dalam tabung kecemasan. Dana ini akan membantu anda menangani sebarang jenis kecemasan yang memerlukan wang dengan segera.

Apabila anda berada di kolej/universiti, kebarangkalian untuk berlaku kecemasan mungkin agak kecil. Namun, apabila semakin meningkat dewasa dan memikul lebih banyak tanggungjawab, risiko itu akan meningkat.

Contohnya, apabila sudah memiliki kereta, anda akan bergantung dengan untuk pergi dan balik kerja. Tetapi, suatu pagi enjin kereta anda tidak boleh dihidupkan, atau tayar bocor kerana terkena paku di jalan ketika pulang dari tempat kerja. Apa yang akan berlaku? Walaupun sedikit, perkara-perkara kecemasan seperti inilah yang akan menipiskan dompet dan kerana inilah pentingnya menyimpan dana kecemasan.

3. Dapatkan Duit Tambahan Melalui Kerja Sampingan

Jika anda memerlukan wang tambahan untuk keperluan lain atau menampung kehidupan sosial, dapatkan pendapatan tambahan dengan melakukan kerja sambilan, bukan dengan berhutang.

Tetapi pastikan kerja sambilan anda tidak mengganggu tujuan utama ketika berada di universiti iaitu belajar. Pengurusan masa adalah penting terutamanya apabila anda ingin mengimbangi antara urusan kerja dan belajar.

4. Tetapkan had kewangan

Satu cara untuk mengehadkan perbelanjaan anda adalah dengan menetapkan had kewangan untuk barangan yang tidak penting.

Dengan menetapkan sempadan sedemikian, ia boleh membantu anda untuk tidak membuat keputusan terburu-buru. Seperti ketika ingin membeli telefon pintar baharu, fikir dahulu sama ada ia benar-benar satu keperluan atau sebaliknya?

Dengan menetapkan had yang sesuai seperti RM400 sebulan, anda boleh mengehadkan kuasa beli anda. Masukkan wang tersebut ke dalam belanjawan anda atau dana kecemasan yang telah ditetapkan dan ketepikan perbelanjaan penting seperti minyak kereta dan makanan.

Sumber: https://mypf.my

Artikel berkaitan 

5 tip pemakaian guru yang sesuai dipakai ke sekolah

5 tip permulaan bagi pelajar yang memilih dunia jahitan atau bidang fesyen sebagai kerjaya

Mengapa murid asyik main game? Nah, ini 13 faktor yang buat mereka leka dan abaikan pelajaran


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan