Kenali 3 jenis balutan anduh yang boleh digunakan pelajar apabila tercedera
Kenali 3 jenis balutan anduh yang boleh digunakan pelajar apabila tercedera

Kenali 3 jenis balutan anduh yang boleh digunakan pelajar apabila tercedera

Roshlawaty Md Raieh
11 Nov 2022 11:57am
A
A
A

Setiap kali berlakunya kecederaan atau kepatahan pada anggota badan, perkara pertama yang akan dicari adalah kain anduh.

Ini kerana, kain anduh atau dalam bahasa Inggerisnya ‘triangular bandage’ berfungsi sebagai menghenti atau menahan pendarahan; menutup tempat luka atau cedera; sebagai pengelap atau karung tuaman sejuk dan sebagainya.

Cikgu Aqilah Husna menerusi laman sosial YouTubenya memberitahu, para pelajar harus mempelajari jenis-jenis balutan anduh kerana ia boleh digunakan sekiranya berlaku kecederaan pada mereka.

“Terdapat tiga jenis balutan anduh iaitu balutan tapak tangan, balutan lengan dan balutan kepala.

“Setiap balutan mempunyai fungsi tersendiri dan pelajar wajib tahu dan praktikkan apabila berlaku kecemasan.

“Justeru itu, cikgu kongsikan di sini sebagai panduan semua anak-anak didik,” ujarnya menerusi YouTube Aqilah Husna yang telah mendapat jumlah tontonan sebanyak 4,515.

Sehubungan itu, Sinar Bestari memetik perkongsian Cikgu Aqilah Husna berkenaan jenis-jenis balutan sebagai rujukan pelajar dan juga guru-guru.

Berikut senarainya.

1) Balutan tapak tangan

Balutan ini digunakan untuk menampal dan menetapkan bebat pada bahagian tapak tangan supaya ubat tidak tertanggal dan luka tidak dijangkiti.

Bebat bermaksud proses menutup luka untuk menghindarkan kotoran dan kemungkinan jangkitan kuman.

2) Balutan lengan

Balutan ini digunakan untuk menyokong lengan, pergelangan tangan yang cedera akibat patah atau terkehel.

3) Balutan kepala

Balutan kepala digunakan untuk memegang atau menetapkan bebat pada bahagian dahi dan kulit kepala supaya tidak tertanggal.

Selamat mencuba!

Sumber: YouTube Aqilah Husna

Artikel berkaitan 

Kandungan peti pertolongan cemas, ini senarai alatannya

43 ahli Kor Sispa UCS dalami ilmu rawatan kecemasan awal

Sering tertekan? Berikut 12 tip elak tekanan dalam kalangan Guru Perpustakaan dan Media


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan