43 ahli Kor Sispa UiTM dalami ilmu rawatan kecemasan awal
43 ahli Kor Sispa UiTM dalami ilmu rawatan kecemasan awal

43 ahli Kor Sispa UCS dalami ilmu rawatan kecemasan awal

Roshlawaty Md Raieh
29 Sep 2022 02:49pm
A
A
A

Persatuan Badan Beruniform, Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam Universiti Teknologi MARA cawangan Selangor (Kor Sispa UCS), mengambil inisiatif menganjurkan kursus ‘First Responder Life Support (FRLS) Level 1’ kepada 43 ahlinya, baru-baru ini.

Kursus FRLS Level 1 yang diadakan itu adalah selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) khususnya SDG 3: Good Health and Wellbeing; SDG 4 Quality Education; SDG 13 Climate Action dan SDG 17 Partnerships for the Goals.

Ia telah mendapat sokongan penuh dan kerjasama erat Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), UiTM cawangan Selangor dan juga Angkatan Pertahanan Awam (APM) Selangor.

Menurut Pengarah Projek, Leftenan Muda (Pertahanan Awam), Mohamad Izzuddin Azwar, objektif utama kursus dijalankan adalah untuk memberi pendedahan asas kepada peserta berkaitan pengendalian mangsa dalam keadaan kecemasan atau kemalangan terutamanya ketika situasi kritikal.

Katanya kepada Sinar Bestari, kursus ini dapat melahirkan mahasiswa yang mempunyai kepimpinan dan kemahiran tinggi serta diiktiraf di peringkat jabatan dan bersedia membantu pihak universiti dalam pelbagai aktiviti.

Rawatan kecemasan awal diberikan kepada pelajar yang menyertai kursus ini.

Tambah Mohamad Izzuddin, kursus FRLS Level 1 tersebut dijadikan medan untuk pantas bertindak dalam apa jua situasi kecemasan terutamanya dalam membantu masyarakat secara sukarela sebelum dan selepas menamatkan pengajian di UiTM.

Ujarnya lagi, kursus tersebut dapat dijadikan platform siap siaga kepada pelajar yang menjadi anggota dalam menghadapi amaran bencana.

Antara aktiviti yang terdapat dalam FRLS Level 1.

Mengulas lanjut mengenai FRLS Level 1, Mohamad Izzuddin menjelaskan, peserta kursus diberikan latihan dan penilaian rawatan awal kecemasan oleh APM daerah Kuala Selangor dan Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA).

Setiap peserta teruja dengan aktiviti yang disediakan dan nekad akan membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.

Dalam pada itu, Kapten Bersekutu (Pertahanan Awam), Mohd Tarmizi Abdul Rahman memuji kursus tersebut yang dilihat memberikan banyak manfaat kepada peserta.

Peserta diberi tunjuk ajar mengenai cara memakai anduh pada tangan.

“Banyak kebaikan yang peserta dapat menerusi penglibatan dalam kursus ini.

“Justeru, saya mengharapkan agar FRLS Level 1 dapat diadakan dalam skala yang lebih besar dan diperkasakan lagi dengan kolaborasi UiTM dan APM bagi menambahkan impak dan mendedahkan ilmu perawatan kecemasan awal secara holistik kepada pelajar yang berminat,” ujarnya selaku Ajutan Kor Sispa UiTM cawangan Selangor.

Peserta kursus FRLS Level 1.

Beliau yang telah merasmikan kursus tersebut turut mengharapkan pihak universiti menyokong program sebegini untuk melahirkan pegawai-pegawai muda yang bertauliah dengan ilmu tambahan lengkap dan sentiasa bersedia berkhidmat.

Artikel berkaitan 

Berkat sabar jalani latihan, akhirnya 106 pelatih terima sijil pentauliahan Inspektor Kor Suksis

Inovasi kenal pasti penyakit Scoliosis terima penganugerahan Tokoh Muda Kejuruteraan Malaysia pertama

Pensyarah UM perkenal terapi ‘Protraction Headgear’, bantu kanak-kanak hadapi masalah rahang


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok