Untitled design (8)
Untitled design (8)

Kuasai 6 teknik taekwondo untuk pertahankan diri

Norliza Wasilan
05 Sep 2022 09:12am
A
A
A

Membantu di kala waktu kecemasan

Berdepan dengan ancaman atau pembuli bukan hal mudah, ia cukup mengganggu emosi sehingga boleh mengakibatkan trauma.

Ia akan menjadi lebih teruk apabila trauma itu berpanjangan sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kemurungan, seterusnya menjejaskan keyakinan diri untuk berdepan dengan masyarakat.

Oleh itu, seni mempertahankan diri adalah jawapan bagi membantu mangsa keluar daripada masalah ini.

Ia juga boleh menjadi benteng untuk mempertahankan diri sekiranya kejadian buli berlaku pada masa akan datang.

Teknik low section X shaped block.

Sinar Bestari baru-baru ini menghubungi Jurulatih Taekwondo Twin Fighters Academy, Norazlin Bahuddin, 39, dan Nur Azza Farhana Mohd Anif, 35, daripada Hyper Kick Academy untuk mendapatkan teknik dalam seni mempertahankan diri.

Norazlin menegaskan definisi seni mempertahankan diri seperti taekwondo adalah bertujuan untuk membina jati diri yang kuat.

“Mempelajari seni mempertahankan diri ini bukan semata-mata untuk berdepan dengan kes buli, tetapi ia lebih kepada membina jati diri yang kuat.

“Apabila seseorang itu telah menguasai taekwondo ia secara tidak langsung akan meningkatkan keyakinan diri untuk berdepan dalam situasi tertentu.

“Saya selalu tekankan kepada anak-anak murid bahawa disiplin sangat penting, walaupun mereka ini sudah ada basic (asas) seni mempertahankan diri, tetapi mereka tidak dibenarkan membuli atau menggunakan kekerasan terhadap kawan,” ujarnya.

Teknik high section X shaped block.

Mengulas lanjut, Norazlin berkata, jika berlaku serangan, terdapat tiga cara mempertahankan diri iaitu menggunakan tangan untuk upper block, lower block dan inner arm/outer arm block.

Upper block ini bertujuan melindungi diri apabila pihak lawan hendak memukul bahagian kepala, manakala lower block pula melindungi diri apabila pihak lawan hendak menyerang bahagian bawah.

Inner arm atau outer arm block pula bertujuan melindungi diri apabila pihak lawan yang menyerang bahagian sisi badan kita,” katanya.

Teknik high section block

Sesuai dengan kupasan Sinar Bestari untuk isu buli kali ini, Norazlin telah berkongsi teknik dalam taekwondo untuk kita semua. Jom kita baca.

Teknik mempertahankan diri

High block with forearm / upper block

Teknik ini memerlukan anda membengkokkan siku, tangan digenggam kemudian tolak dari bawah ke atas bahagian kepala. Cara ini bertujuan untuk melindungi bahagian kepala ketika diserang.

High section double X shaped block

TEKNIK ini memerlukan kita menggenggam kedua belah tangan secara bersilang sebelum menangkis, kemudian tolak satu tangan ke atas dan sebelah lagi berada di bahagian depan dada.

Low section double X shaped block

GENGGAM kedua-dua belah tangan dan silangkannya. Kemudian tangan dari atas tolak ke bawah. Cara ini digunakan bertujuan melindungi alat sulit dan bahagian badan ke bawah daripada diserang.

Outside block using forearm / low section block

CARANYA dengan menggenggam tangan dan tangan itu dalam keadaan bengkok pada kedudukan 45 hingga 90 darjah. Kemudian tangkis dari atas ke bawah di kedudukan tangan berada pada paras perut. Teknik ini akan membantu melindungi bahagian bawah badan kita.

Double block using forearms / double arms side block

GENGGAM kedua-dua belah tangan, kemudian tangan kanan atau kiri diangkat ke atas dan sebelah tangan lagi diturunkan bersamaan dengan hadapan dada. Cara ini bertujuan untuk melindungi secara serentak bahagian kepala dan sisi kanan atau kiri badan.

Block with knifehand / blocking with forearm

TEKNIK ini dilakukan dengan cara salah satu atau kedua-dua belah tapak tangan di buka. Sebelah tangan dibengkokkan pada paras atas bahu, manakala sebelah lagi dibengkokkan berada pada kedudukan atas perut. Tujuannya adalah untuk melindungi bahagian depan dan sisi kiri atau kanan badan.

Artikel berkaitan

5 kebaikan mempelajari seni mempertahankan diri untuk pelajar sekolah

Dulu pelajar, kini guru silat. Hebatnya Srikandi MARA ini

Tingkat pertahanan diri dengan silat sejak sekolah rendah


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan