Mengapa murid asyik main game? Nah, ini 13 faktor yang buat mereka leka dan abaikan pelajaran
Mengapa murid asyik main game? Nah, ini 13 faktor yang buat mereka leka dan abaikan pelajaran

Mengapa murid asyik main game? Nah, ini 13 faktor yang buat mereka leka dan abaikan pelajaran

Roshlawaty Md RaiehRoshlawaty Md Raieh
24 May 2022 05:12pm

Tidak dapat dinafikan, hari ini dengan situasi semasa, masa luang murid-murid kebanyakannya diisi dengan bermain game.

Setuju atau tidak, itulah kenyataan yang harus diterima baik ibu bapa juga masyarakat dan 90 peratus daripada guru-guru pastinya akan mengakui bahawa murid sangat suka bermain game sehinggakan mereka leka dan mengabaikan pembelajaran.

Menurut murid-murid, games lebih interaktif, seronok dan membina alam fantasi dalam diri masing-masing.

Adakah dalam game tersebut mempunyai nilai baik dan faktor psikologi yang boleh kita ambik iktibar?

Menerusi blog mudahmengajar.com, Sinar Bestari kongsikan sedikit huraian berkenaan game yang menjadi pilihan utama anak-anak murid pada hari ini.

Mari kita tengok.

1) Visual

Game sememangnya kaya dengan unsur-unsur visual yang menarik dan interaktif. Ini akan menyebabkan murid memberikan lebih perhatian terhadap kepelbagaian warna, bentuk dan lakaran. Keunikan animasi juga menjadikan murid terus memerhati game tersebut.

Bagaimana kita boleh terapkan situasi ini dalam bilik darjah?

Gunakan unsur-unsur warna dalam kaedah pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc), banyakkan tayangan video, interaksi digital seperti video 360 darjah, VR dan juga AR. Grafik atau video berbentuk model 3D juga dapat membantu.

2) Ganjaran dan hadiah

Dalam game, ada ganjaran bagi setiap stesen, tahap ataupun peringkat. Ada yang berbentuk markah, bintang, kupon, duit dan ubatan kecederaan. Murid suka untuk melihat bilangan, nombor dan koleksi ganjaran mereka.

Bagaimana kita boleh terapkan situasi ini dalam bilik darjah?

Pelbagaikan bentuk ganjaran. Ada yang bersifat one-off, ada yang akumulatif (terkumpul), ada dalam bentuk pujian, bentuk fizikal serta ada yang dari segi pungutan markah.

Guru boleh mempelbagaikan bentuk penilaian untuk mendapatkan pelbagai bentuk ganjaran. Boleh gunakan carta ganjaran, reward jar, lencana, Classdojo, sticker Classkick, Class 123, perlumbaan Socrative dan Quizizz.

Artikel berkaitan 

Jangan ambil mudah! Mohon murid pakai topi keledar ketika pergi dan pulang dari sekolah

Murid masih sukar untuk menulis? Pakar pendidikan khas kongsi 5 persediaan bagi mengajar kemahiran tulisan tangan

3) Cabaran

Dalam game, cabaran sentiasa ada. Murid perlu melakukan sesuatu dan menempuh pelbagai halangan. Jadi murid sentiasa buat yang terbaik dan melakukan apa yang mereka mampu lakukan. Contohnya tempat berhalangan, musuh yang besar, ada bom ataupun bahaya dan sebagainya.

Bagaimana kita boleh terapkan situasi ini dalam bilik darjah?

Lakukan aktiviti berstesen. Dengan itu murid sentiasa akan pergi ke kawasan lain dengan cabaran dan tugas atau bahan lain. Selain itu aktiviti seperti mencari harta karun dan scavenger hunt juga membuatkan murid seronok kerana perlu mengembara untuk mengumpul barang-barang tertentu.

4) Persaingan

Game sememangnya menekankan aspek persaingan. Markah tertinggi akan sentiasa dipaparkan bagi ramai pemain ataupun dengan pemain yang sama di seluruh dunia. Murid seronok apabila mereka berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik.

Bagaimana kita boleh terapkan situasi ini dalam bilik darjah?

Banyakkan kuiz-kuiz mengejut, kuiz mengikut kumpulan dan juga kuiz interaktif seperti Quizizz dan Kahoot.

5) Suasana

Kajian menunjukkan suasana dalam game agak meriah dengan alat peraga (props), barangan dan bermacam-macam lagi. Hal ini menjadikan pengalaman bermain penuh dengan imaginasi.

Bagaimana kita boleh terapkan situasi ini dalam bilik darjah?

Kelas yang dihiasi dapat menjana imaginasi murid. Mereka ada ruang untuk berkreativiti. Libatkan murid dalam mencorakkan suasana bilik darjah. Sediakan sudut hasil kerja seni mereka, projek mini menanam pokok dan apa sahaja hasilan projek Sains yang menarik. Pemilihan warna cat kelas dan hiasan memainkan peranan dalam menentukan pengalaman ini.

Baca juga 

5 tip pemakaian guru yang sesuai dipakai ke sekolah

3 pensyarah cipta produk ‘celik wang’, sasar kanak-kanak fahami ilmu pengurusan kewangan dengan mudah

6) Jelajah dan pengembaraan

Sering kali dalam permainan, murid boleh pergi ke pelbagai tempat. Tempat-tempat ini dapat memberikan gambaran jelas tentang sejarah cerita dalam permainan itu serta perjalanan kehidupannya mengecapi kejayaan.

Bagaimana kita boleh terapkan situasi ini dalam bilik darjah?

Bawa murid turun ke lapangan. Mereka boleh pergi ke luar kelas dan tengok kehidupan sebenar tumbuh-tumbuhan, mengkaji cuaca atau melihat haiwan.

Jika pembelajaran melibatkan tempat yang jauh, gunakan Google Earth, Google Arts & Culture serta pelbagai peralatan teknologi yang menarik.

7) Watak

Dalam game, murid boleh mereka watak masing-masing. Dalam erti kata lain, pemain boleh buat Avatar mereka. Ini merupakan satu cara murid berekspresi dan membina cerita pengembaraan mereka daripada kanvas kosong. Murid boleh memilih paras rupa, pakaian dan ciri-ciri istimewa bagi watak mereka.

Bagaimana kita boleh terapkan situasi ini dalam bilik darjah?

Pelbagaikan pilihan watak. Murid sangat yakin dengan cara orang melihat diri mereka.

Beri ruang untuk murid berkongsi kegemaran, hobi dan minat yang ada. Selalu gunakan minat mereka untuk memberikan semangat. Contoh, jika murid suka bola, sentiasa puji mereka dengan kesamaan pemain bola kegemaran mereka. Meminta mereka buat poster dengan berlatarbelakangkan bola dan apa sahaja yang membuatkan murid bangga dengan personaliti sendiri.

8) Buat pilihan dan keputusan

Game membuka ruang untuk murid membuat pilihan. Mereka boleh pilih laluan yang dimahukan. Mereka juga bebas membuat keputusan dalam bertindak.

Bagaimana kita boleh terapkan situasi ini dalam bilik darjah?

Dalam kehidupan seharian, murid tidak ada banyak pilihan. Begitu juga di dalam kelas, mereka perlu membaca nota dan menjawab soalan. Sebaliknya beri murid ruang memilih dan mencari bahan untuk mereka belajar dan membuat keputusan terbaik dalam membentangkan fakta.

Beri juga murid ruang untuk membuat undian pembentangan terbaik dan menyuarakan pendapat cara yang mereka sukakan dalam pembelajaran.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

11) Sosial

Elemen hubungan sosial dalam game juga sangat terbuka. Murid boleh berinteraksi dengan pemain-pemain dari seluruh dunia. Mereka dapat mempamerkan markah, bertanyakan pendapat, merakam permainan dan berkenalan.

Bagaimana kita boleh terapkan situasi ini dalam bilik darjah?

Dunia selain permainan melibatkan banyak aplikasi sosial. Gunakan platform ini untuk murid berkongsi dunia pembelajaran mereka. Antara tools yang sesuai digunakan adalah seperti Skype in The Classroom, Youtube Channel, Facebook Group dan juga Flipgrid.

12) Membina dan mereka

Dalam kebanyakan game, murid boleh membina sesuatu hasil daripada perjalanan mereka. Hasil terkumpul itu membolehkan murid membina rumah, istana ataupun kubu. Ini menjadi satu ganjaran kepada anak-anak didik tersebut. Dalam sesetengah keadaan, hal ini menjadi satu misi permainan mereka.

Bagaimana kita boleh terapkan situasi ini dalam bilik darjah?

Berikan murid ruang menghasilkan sesuatu hasil yang menarik daripada pembelajaran mereka. Pembelajaran Berasaskan Projek sangat membantu kerana murid mempunyai misi tersendiri. Murid boleh buat infografik, video pendek, pembentangan PowerPoint, animasi, buku skrap, majalah dan bermacam-macam lagi. Boleh juga gunakan tools seperti Toontastic, Minecraft, Lego Junior dan sebagainya.

13) Peluang dan perundingan

Murid sentiasa ada peluang kedua apabila bermain game. Murid diberikan nyawa tambahan dengan akses terhad seperti life span separuh atau kekurangan peralatan. Ini memberikan harapan untuk mereka terus mencuba dan mengubah keadaan.

Bagaimana kita boleh terapkan situasi ini dalam bilik darjah?

Apabila murid tidak berjaya menghayati pembelajaran dan menjawab soalan, berikan ruang untuk mereka mencuba lagi pada masa akan datang.

Pelbagaikan bentuk penilaian dan berikan sokongan. Pastikan PdPc berpaksikan Pembelajaran Terbeza agar murid dapat menguasai pembelajaran sekurang-kurangnya pada tahap minima.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp
Artikel Disyorkan