pexels-tima-miroshnichenko-5428153
pexels-tima-miroshnichenko-5428153

Senarai tugas guru kelas ketika berada di sekolah

Roshlawaty Md RaiehRoshlawaty Md Raieh
12 Oct 2022 02:25pm

Warga pendidik yang memegang jawatan sebagai guru kelas, sememangnya sentiasa sibuk dengan urusan kelas dan tugas-tugas yang telah ditetapkan sepanjang mereka berada di sekolah.

Sebagai guru kelas, mereka bukan sekadar mencatat kehadiran pelajar sahaja tetapi tugasnya lebih daripada itu.

Cikguzim menerusi blognya menyenaraikan sebahagian tugas yang perlu dilakukan oleh seorang guru kelas.

Jelas beliau, memegang jawatan sebagai guru kelas bukan hanya mengawal pelajar sahaja, tetapi banyak lagi perkara lain yang perlu dikendalikan oleh guru tersebut.

Hadam senarai yang dikongsi Cikguzim ini. Moga dapat dijadikan panduan buat guru-guru lain juga.

Gambar hiasan daripada Pexels.

1) Pengurusan dan Organisasi Kelas

1.1 Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Ketua Keceriaan dan Kebersihan serta lain-lain lagi.

1.2 Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas:

(a) Jadual waktu

(b) Jadual bertugas

(c) Motto kelas

(d) Perabot kelas seperti kerusi, meja guru dan murid mencukupi

(e) Alatan pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan penceduk sampah

(f) Papan tulis, kapur, papan kenyataan, almari dan lain-lain keperluan bilik darjah mencukupi dan dalam keadaan baik dan teratur.

1.3 Melaporkan perabot dan peralatan yang rosak kepada guru berkenaan.

1.4 Membimbing organisasi kelas/ murid yang dilantik menjalankan tugas.

1.5 Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara murid.

Gambar hiasan daripada Pexels.

Tabung ini adalah bagi tujuan yang berikut:

(a) Kebajikan murid

(b) Keceriaan kelas jika perlu dan lain-lain.

2) Jadual kedatangan dan kedatangan murid

2.1 Menandakan Jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir dan menyimpan Buku Daftar Kedatangan Murid di pejabat.

2.2 Memastikan semua butir yang dikehendaki di dalam Buku Daftar Kedatangan Murid ditulis dengan lengkap.

2.3 Memastikan data terkini murid di dalam kelas.

Gambar hiasan daripada Pexels.

3) Laporan / Rekod Profil / Kemajuan Murid, Sijil Berhenti, Surat Akuan, Buku Rekod Kesihatan, Rekod Pergigian dan Kad 001R

3.1 Memastikan setiap murid mempunyai

(a) Rekod profil / kemajuan murid

(b) Kad 001R

(c) Kad kesihatan

(d) Kad pergigian

(e) Buku nilam

4) Kutipan Yuran dan Derma

4.1 Mengutip yuran sekolah pada awal tahun persekolahan dan menggalakkan murid membayar kesemua yuran sekali gus.

4.2 Mengutip derma PIBG.

4.3 Mengutip yuran peperiksaan bagi kelas peperiksaan

4.4 Mengeluarkan resit rasmi kepada murid bagi pembayaran yang dibuat.

4.5 Menyerahkan wang kutipan yuran sekolah dan wang peperiksaan, insuran Takaful dan lain-lain derma kepada Guru Penolong Kanan (Pentadbiran).

4.6 Menyerahkan wang kutipan derma PIBG kepada bendahari PIBG.

Gambar hiasan daripada Pexels.

5) Buku Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

5.1 Mengagihkan Borang SPBT 1 bagi mengenal pasti murid mendapat Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

5.2 Memastikan SPBT diagih kepada murid yang layak dan memastikan buku-buku tersebut dibalut dan dijaga dengan baik serta ditulis nama murid.

5.3 Mengemaskini Borang G semasa pengagihan dan pengembalian atau mengemas kini fail SPBT dari semasa ke semasa.

5.4 Memungut kembali SPBT pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama murid yang tidak mengembalikan / memulangkan atau merosak dan menghilangkan SPBT pada akhir tahun dan memberikan senarai itu kepada Guru SPBT.

5.5 Mengenalpasti murid yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang lain dan melaporkan kepada guru kebajikan.

Gambar hiasan daripada Pexels.

6) Pendaftaran Murid Baru

6.1 Menerima kemasukan murid baru.

6.2 Mendaftarkan murid baru ke dalam Buku Kedatangan Murid dan dapatkan nombor pendaftaran murid dari Buku Kemasukan Murid daripada Penolong Kanan HEM.

6.3 Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.

6.4 Memastikan penerimaan borang SPBT (sekiranya layak) dari sekolah yang terdahulu dan memastikan murid ini mendapat buku teks.

6.5 Memastikan penerimaan kad kemajuan / buku rekod profil, kad 001R, kad kesihatan, kad pergigian dan lain-lain dokumen yang diperlukan dari sekolah yang terdahulu.

6.6 Menentukan rumah sukan.

7) Murid Keluar

7.1 Memastikan kad kemajuan / rekod profil, kad 001R telah kemaskini dan diserahkan kepada murid.

7.2 Memastikan kad kesihatan, kad pergigian dan lain-lain dokumen yang berkaitan diserahkan kepada murid.

7.3 Memastikan buku teks (SPBT) telah dipulangkan.

7.4 Memastikan semua jenis bayaran seperti yuran sekolah dan sebagainya telah selesai dibayar.

Gambar hiasan daripada Pexels.

Cikguzim: Ada banyak lagi tugas guru yang lain. Ini baru tugas sebagai guru kelas sahaja. Orang bukan guru nampak kerja guru ini senang, separuh hari kerja dan banyak cuti. Hakikatnya kerja cikgu lebih dari sekadar mengajar.

Sumber: Blog cikguzim

Artikel berkaitan

Kisah murid kelas hujung berebut bantu guru terseliuh kaki buat warga maya hampir menangis!

Jenis-jenis baja dalam pertanian, pelajar Tingkatan 4 perlu hafal

11 cara atasi murid mengantuk, guru wajib tahu ini


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp
Artikel Disyorkan