Untitled design (13)
Untitled design (13)

Tip skor subjek PSV SPM

Azleenda Sahaludin
11 Nov 2022 11:52am
A
A
A

Ramai yang menganggap subjek Pendidikan Seni Visual (PSV), Seni Halus sangat senang dan mudah untuk dikuasai.

Akan tetapi, tahukah anda bahawa subjek ini sekiranya tidak melalui proses latihan yang berkala akan menyebabkan kesukaran kepada pelajar terutamanya kepada mereka yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

Bukan itu sahaja, teknik dan kemahiran juga amat penting sebagai persediaan awal kepada pelajar sebelum menjelang hari peperiksaan.

Bagi subjek PSV SPM kertas dua, kebiasaannya soalan peperiksaan akan diberi seminggu lebih awal untuk pelajar membuat persiapan sama ada dari sudut penyediaan alat lukisan dan latihan bersama guru subjek ini.

Pelajar juga diberi pilihan untuk memilih soalan mengikut keselesaan masing-masing dan boleh terus mengaplikasikannya di dalam dewan peperiksaan.

Cikgu Azmi, guru subjek Pendidikan Seni Visual selama 14 tahun.

Guru subjek ini, Noor Azmi Mohd Tajuddin atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Azmi mengatakan, tempoh masa seminggu yang diberikan adalah mencukupi untuk pelajar melatih diri dalam penghasilan seni lukisan.

“Seminggu sebelum peperiksaan ini, pelajar perlu banyak bertanya dan minta pendapat guru seni masing-masing tentang lukisan mereka.

“Pelajar juga diingatkan untuk tidak terus menghasilkan lukisan 'syok sendiri' walaupun mereka beranggapan subjek ini senang untuk peroleh keputusan yang cemerlang,” katanya kepada wartawan Sinar Bestari ketika dihubung, baru-baru ini.

Beliau yang telah berkhidmat selama 14 tahun sebagai guru PSV ini turut mengingatkan kepada pelajar untuk sentiasa giat melukis selepas menerima soalan kerana latihan yang dilakukan ini akan digunakan dalam peperiksaan kelak.

Oleh itu, Cikgu Azmi turut berkongsi beberapa pengetahuan serta tip asas kepada pelajar terutamanya pelajar SPM supaya ia dapat membantu memudahkan urusan mereka dalam penghasilkan karya masing-masing.

Jom baca.

1) Pilih soalan yang dikuasai pelajar

Terdapat enam jenis soalan peperiksaan PSV SPM yang boleh dipilih oleh pelajar. Pelajar hendaklah membuat keputusan dengan memilih soalan yang bersesuaian dengan penguasaan mereka dalam subjek ini. Sekiranya mereka menguasai lukisan berkonsepkan sesebuah permandangan, maka ia hendaklah menjadi pilihan utama pelajar.

2) Alat bahan dan media yang digunakan hendaklah sesuai

Dalam pendidikan seni halus, terdapat banyak alat atau bahan media yang digunakan, antaranya pensel, cat air, pensel warna dan berus lukisan. Pelajar diingatkan untuk tidak menggunakan pen lebih-lebih lagi dalam lukisan yang menggunakan cat air. Tambahan pula, markah lebih akan diberikan kepada mereka jika menggunakan media campuran dalam lukisan antaranya cat air dan media kering iaitu pensel warna.

3) Semasa membuat latihan melukis sebelum peperiksaan, pelajar hendaklah memastikan

rupa dan bentuk menetapi kehendak soalan

Selain itu, pelajar juga perlu memastikan subjek dan objek yang dilukis seimbang. Contohnya, lukisan potrait, kedua mata seseorang dalam lukisan mestilah simetri.

4) Beri penekanan terhadap aplikasi asas seni reka dalam penghasilan karya

Aplikasi asas seni ini merupakan silibus yang dipelajari sejak di tingkatan empat. Oleh itu, pelajar perlu menerapkan kembali aplikasi ini yang meliputi unsur seni seperti garisan, rupa, bentuk dan warna serta prinsip rekaan seperti kontra, imbangan dan penegasan.

Artikel berkaitan

Penerima Anugerah Pelajaran Diraja kongsi tip raih keputusan cemerlang setiap semester

Teknik mudah penghasilan karya seni visual untuk murid berkeperluan pendidikan khas

MyUni Tutor tawar tuisyen percuma kepada pelajar bakal duduki SPM


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan