Gagal SPM
Gagal SPM

Trend tayang keputusan SPM semua ‘G’ di TikTok, bukan satu kebanggaan

Adlan Farhan Azwan
17 Jun 2022 06:18pm
A
A
A

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang telah diumumkan pada Khamis telah menyaksikan detik-detik kegembiraan pelajar terutamanya mereka yang memperoleh keputusan cemerlang.

Banyak perkongsian yang boleh kita lihat menerusi laman media sosial tentang pelajar yang meraikan penat lelah mereka dalam menimba ilmu.

Namun, lain pula yang terjadi di laman TikTok apabila trend memuat naik video yang memaparkan slip SPM dengan keputusan semua gagal (G) semakin meluas.

Menurut guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Tanjong, Melaka, Cikgu Mohd Amiruddin yang mengulas tentang isu ini, kebanyakan daripada mereka yang gagal ini berpunca daripada diri sendiri.

“Betul ada yang akademik gagal tetapi berjaya dalam hidup. Akademik bukan segalanya. Namun, harus diingatkan ramai juga yang gagal akademik terus hanyut dibawa arus gelora dunia.

“Bukan kita marah sebab mereka gagal atau tidak pandai, tetapi sikap yang membawa kegagalan itu yang perlu dibendung.

“Sekarang ini, terjadi pula pelajar di TikTok yang bangga dengan keputusan semua ‘G’. Sikit penyesalan pun tiada setelah melalui proses pembelajaran selama lebih 12 tahun,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook.

Dalam pada itu, pengguna laman media sosial turut meluahkan rasa kekesalan terhadap isu yang semakin membimbangkan ini.

Ramai di antara mereka yang turut hairan bagaimana pelajar-pelajar ini peroleh semua ‘G’ dalam keputusan SPM mereka.

Sebaik-baiknya, keputusan semua G bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan kerana khuatir generasi akan datang turut berfikiran bahawa gagal SPM adalah perkara biasa.

Artikel berkaitan

Dunia sebenar menanti anda, inilah 8 ingatan mesra buat pelajar lepasan SPM

Inspirasi ramai! Pelajar 10A+ SPM kongsi rahsia kejayaan untuk calon peperiksaan tahun ini

Guru ambil sekali lagi SPM, bagi dorongan kepada anak duduki peperiksaan sesi kedua


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok