mm
mm

Tutorial membuat laporan kehadiran dalam Google Meet ketika PdPR

Rasyidah Zulkifi
17 Feb 2022 12:59pm
A
A
A

Baru-baru ini negara kita dikejutkan dengan peningkatan kes Covid-19 yang luar biasa membabitkan kluster pendidikan.

Bagi mengelakkan penularan jangkitan, Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil langkah berjaga-jaga memutuskan hanya pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dibenarkan pulang ke asrama.

Baca juga

5 fungsi baharu Google Meet yang sangat memudahkan kerja, cikgu-cikgu mesti cuba!

Google Meet waktu malam? Ini pandangan ikhlas warga maya berkenaan perkara ini!

Sementara itu, pelajar lain perlu menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Oleh hal yang demikian, pelajar yang menghadiri PdPR perlu berbalik kepada norma baharu iaitu menggunakan kaedah digital bagi setiap mata pelajaran.

Umumnya, Google Meet merupakan salah satu wahana yang menghubungkan pelajar bukan kelas peperiksaan dengan guru mata pelajaran.

Bagi mengenalpasti sama ada pelajar hadir atau ponteng kelas, guru-guru boleh dapati maklumat kedatangan melalui laporan Google Meet.

Jom kita sama-sama membuat laporan kehadiran pelajar dalam Google Meet melalui tutorial di bawah.

Mula-mula, perlu buka pelayar Google Chrome dan membuat carian Chrome Web Store.

Setelah itu, buat carian Google Meet Attendance (Works with New UI).

Kemudian, tekan butang ‘add to chrome’ untuk memasang sambungan Google tersebut.

Tekan add to chrome untuk benarkan sambungan kepada pelayar Google.

Setelah pemasangan berjaya, boleh membuka Google Meet dan memulakan kelas seperti biasa.

Boleh tekan pada tab ‘meeting details’ apabila semua pelajar sudah memasuki kelas PdPR.

Untuk mengambil laporan kehadiran pelajar, perlu klik ikon seperti gambar di bawah.

Kredit foto: Aku Pakar Blogger

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Sejurus tamat kelas, boleh memuat turun fail .csv yang mengandungi senarai nama pelajar, bilangan, tarikh dan masa. Senarai kedatangan pelajar tersebut boleh dibaca melalui aplikasi Excel.

Sinar Bestari berharap tutorial ini dapat membantu ketika membuat laporan kehadiran pelajar.

Sumber: Aku Pakar Blogger

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok