Kehadiran guru ganti penting untuk mengelakkan gangguan jadual pembelajaran dan memastikan pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran.
Kehadiran guru ganti penting untuk mengelakkan gangguan jadual pembelajaran dan memastikan pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Definisi guru ganti

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
26 Sep 2024 05:09pm

Guru ganti bermaksud guru tidak terlatih yang ditempatkan di sebuah sekolah bagi mengisi kekosongan sementara kelompok guru-guru tetap yang mengambil cuti khas seperti bersalin, sakit, mengerjakan haji, mengikuti kursus atau lain-lain hal yang dibenarkan.

Kehadiran mereka amat penting untuk mengelakkan gangguan jadual pembelajaran dan memastikan para pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Khidmat guru ganti akan tamat apabila guru tetap kembali bertugas di sekolah berkenaan.

Walaupun tidak lagi mengajar, namun ilmu dan pengalaman baharu yang diperoleh sepanjang mendidik pelajar, pastinya akan diingati sampai bila-bila.

Terdapat beberapa tugas guru ganti yang perlu dilakukan oleh mereka.

Antaranya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti guru tetap.

Buku persediaan mengajar dan rekod-rekod pelajar juga perlu disediakan dan diselia oleh guru ganti seperti dilaksanakan cikgu yang digantikan.

Mereka juga perlu terlibat dengan pelbagai aktiviti kokurikulum dan aktiviti yang diarahkan oleh pihak sekolah.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, bagi individu yang ingin menjadi guru ganti, mereka perlu ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk membuat permohonan secara walk-in

Difahamkan, kekosongan tempat bergantung pada sekolah yang dimohon.

Terdahulu, Sinar Bestari menyiarkan artikel mengenai kekosangan jawatan sebagai Guru Ganti September 2024 kepada calon-calon yang berminat dalam dunia pendidikan.

Tawaran dibuat oleh PPD beberapa negeri dan tarikh tutup permohonan jawatan kerja adalah 10 Oktober depan.

Bagaimanapun, tarikh akhir (permohonan) mungkin berbeza antara satu sama lain bergantung kepada PPD yang dimohon.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp