Allahyarham Cikgu Rokiah (kiri) dan Allahyarham Cikgu Maimun (kanan), masing-masing kembali ke rahmatullah pada 27 November dan 2 Disember lalu.
Allahyarham Cikgu Rokiah (kiri) dan Allahyarham Cikgu Maimun (kanan), masing-masing kembali ke rahmatullah pada 27 November dan 2 Disember lalu.

Dua guru SK Tangok meninggal dunia. 'Mereka sangat baik, ikhlas mendidik & komited terhadap kerjaya' - Warganet

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
06 Dec 2024 02:23pm

Setiap senyuman, nasihat dan ilmu yang mereka berikan, kini hanya tinggal dalam ingatan sekali gus menjadi kenangan terindah buat warga sekolah.

Itu yang dapat penulis katakan atas pemergian dua guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tangok, Bachok, Kelantan yang meninggal dunia baru-baru ini.

Allahyarham Cikgu Rokiah Mamat dan Allahyarham Cikgu Maimun Mohamad, masing-masing kembali ke rahmatullah pada 27 November dan 2 Disember lalu.

Kehilangan dua insan mulia ini mengejutkan ramai dan pastinya ruang kelas serta suasana sekolah selepas ini, menjadi sepi tanpa kehadiran cikgu-cikgu yang hebat dalam kerjayanya.

"Kami warga SK Tangok mengucapkan salam takziah buat keluarga arwah. Semoga ALLAH merahmati rohnya, memuliakan kematiannya, mengampuni segala kesalahannya, menjadikan syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan menempatkan arwah dikalangan orang-orang yang beriman,” perkongsian di Facebook SK Tangok pada Khamis.

Meninjau di ruangan komen, kelihatan warga maya sebak dengan kematian dua guru berkenaan dan menitipkan ucapan takziah kepada mereka.

Herniey Ghazali: Salam takziah buat keluarga Almarhumah Cikgu Rokiah dan Cikgu Maimun. Dua guru yang tersangat baik dan berdedikasi.

Noor Laila Muhiddin: Semoga ditempatkan bersama para solihin. Aammiin Ya ALLAH.

Artikel Berkaitan:

Muhammad Adhwa: Innalillahi wa inna Ilaihi Raji'un. Al-Fatihah buat cikgu yang telah pulang ke rahmatullah. Semoga ALLAH tempatkan mereka dalam kalangan yang beriman dan beramal soleh.

Adziah Mat: Salam takziah untuk keluarga mereka. Damailah kedua dindaku di sana.

Nursabarina Mohamad: Innalillahi wa inna Ilaihi Raji'un, Semoga ALLAH merahmati dan mengganjarkan syurganya buat kedua-dua arwah.

Zulkifli Zul: Ya ALLAH, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia. Didoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Salam takziah.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp