Cikgu Sopinar (dua dari kanan) bersama penerima anugerah pakaian paling menarik sempena sambutan Hari Guru 2024.
Cikgu Sopinar (dua dari kanan) bersama penerima anugerah pakaian paling menarik sempena sambutan Hari Guru 2024.

Kenang jasa dan pengorbanan guru

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
21 May 2024 02:20pm
A
A
A

Setiap tahun, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jabi, Pokok Sena, Kedah akan mengadakan sambutan Hari Guru sebagai mengenang jasa dan pengorbanan guru-guru di Malaysia.

Ia dilaksanakan 16 Mei lalu dengan penglibatan semua warga sekolah.

Tahun ini, sambutan Hari Guru dimulakan dengan perhimpunan pagi di dewan sekolah diikuti ucapan dan majlis perasmian oleh Pengetua, Cikgu Sopinar Bakar.

Dalam ucapan berkenaan, beliau berkata, guru masa kini berperanan sebagai pencetus aspirasi digital dan pembentuk generasi masa depan berintegriti serta berwawasan.

"Guru bukan sahaja penyampai ilmu tetapi juga arkitek yang membentuk minda dan akhlak pelajar.

“Dalam era digital ini, guru perlu terus relevan dan inovatif serta menggabungkan teknologi dalam pengajaran untuk melahirkan generasi berdaya saing di peringkat global,” ujarnya.

Berkongsi atur cara majlis, Sinar Bestari difahamkan, pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang berlangsungnya sambutan Hari Guru SMK Jabi.

Antaranya, persembahan pelajar dan guru-guru lelaki serta cabutan bertuah.

Artikel Berkaitan:

Turut diadakan beberapa pertandingan iaitu permainan guru digital, sambung lirik lagu, menganyam ketupat, mengupas kulit epal dan sukan frisbee bagi guru lelaki.

No Image Caption

Acara kemuncak bagi sambutan ini adalah penganugerahan kepada guru-guru yang telah diundi oleh para pelajar.

Guru yang bertuah adalah Cikgu Ummiyati Ab Latiff dan Cikgu Izzuna Khalid.

Akhir sekali, sambutan Hari Guru 2024 di SMK Jabi bukan sahaja menghargai jasa dan pengorbanan pendidik tetapi juga mengingatkan pentingnya peranan mereka dalam membentuk masyarakat Madani berilmu dan berakhlak mulia dengan aspirasi digital yang semakin berkembang.

Para guru di sekolah ini akan terus berusaha menjadi contoh teladan dan pembimbing terbaik untuk generasi masa depan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok