No Image Caption

Kesempitan dana untuk pasukan sekolah, cikgu Fadli imbau memori lama

MOHAMAD AMREEL IMAN ABD MALEK 
18 Aug 2023 03:59pm
A
A
A



Faktor kewangan di sesetengah sekolah bukan sesuatu yang asing daripada dibicarakan di negara ini.

Seperti baru-baru ini, terdapat sebuah pasukan bola sepak sekolah di Sabah yang tidak dapat menyertai Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) disebabkan kekurangan dana.

Isu tersebut turut mendapat perhatian daripada segelintir warga pendidik yang lain terutama Cikgu Fadli.

Menerusi hantarannya di Facebook, beliau mengimbau kembali saat di mana dia mengeluarkan duit poketnya sendiri untuk menampung kewangan pasukan sukan di sekolahnya.

Sinar Bestari lampirkan sebahagian daripada catatan yang dibuat oleh cikgu yang cukup berpengaruh ini di Facebooknya.

“Teringat dulu masa aku di SK Mambang, Pekan, Pahang. Sekolah kami sekolah kampung. Ramai murid Orang Asli.

“Sukan projek sekolah kami adalah gimnastik dan hoki. Cikgu Anuar guru gimnastik sanggup ambil murid hantar pertandingan. Kadang murid dibawa tidur rumah guru. Makan, duit poket, cikgu bagi.

“Hoki pula Cikgu Shahfiezul Shahaimi, Roberto Azizos Ej dan Cikgu Mizi (abe) yang latih. Pun sama juga. Sanggup bagi stick hoki mereka yang mahal kepada murid sebagai hadiah,” katanya.

Artikel Berkaitan:


Jelas Cikgu Fadli lagi, banyak masa, tenaga dan wang ringgit guru-guru dihabiskan untuk ana murid dalam usaha melihat bakat mereka terus terserlah.

Justeru, beliau berharap para pelajar menghargai pengorbanan guru-guru yang tidak pernah kenal erti putus asa dan sanggup berbuat apa sahaja demi kecemerlangan anak didiknya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok