Sir Ladang kecewa hingga menangis mengenang nasib anak pelajarnya yang mendapat markah 0 dalam peperiksaan.
Sir Ladang kecewa hingga menangis mengenang nasib anak pelajarnya yang mendapat markah 0 dalam peperiksaan.

Pensyarah menangis lihat markah pelajar 0! ‘Maafkan saya kerana gagal mendidik kamu semua’

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
04 Oct 2024 02:07pm

"Kita ni tak pandai mana pun. Kalau tak pandai, buat cara berusaha.

"Lima, tiga, kosong, kosong. Awak jangan ingat, awak dapat kosong tu awak gembira tau. Tak ada benda pun nak dibanggakan (terus menangis)."

Inilah gambaran kekecewaan dialami pensyarah, Ridzuan Khalid yang berkongsi video berdurasi 50 saat di aplikasi TikTok.

Lebih mesra dengan panggilan Sir Ladang dalam media sosial, beliau berkata, situasi itu adalah detik hitam yang pasti tidak akan dilupakan sepanjang 16 tahun bergelar pensyarah

"Sebahagian besar pelajar masih lagi mampu tersenyum meskipun memperoleh markah kosong dan sangat rendah dalam peperiksaan," ujarnya sebak.

Sepanjang menonton video terbabit, Sinar Bestari mendapati Sir Ladang telah mengalirkan air mata lelakinya hanya kerana prestasi akademik anak-anak yang semakin teruk.

"Maafkan saya kerana gagal mendidik kamu semua," katanya dalam portal tempatan.

Meninjau ke ruangan komen di TikTok, rata-rata warganet turut menangis dengan apa yang berlaku terhadap Sir Ladang.

"Generasi sekarang makin lama makin jauh dengan ilmu. Saya bukan pensyarah tapi hanya seorang guru sekolah menengah. Apa yang kami sedang lalui kini adalah benda yang sama," beritahu Nur indah

"Faham perasaan pensyarah ini. Tak mahu cakap anak orang lain, anak sendiri pun boleh rilek bila markah tak memuaskan," kata Zareena Hussin

"Aku paling takut cikgu kecil hati dengan aku," ujar Amira.

"Sekarang kau boleh gelak lagi dik. Esok-esok, jangan kau menyesal," tutur Ghaa.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp