SK Tikam Batu kehilangan guru yang banyak berjasa! 'Kami sayang Cikgu Aini Rashida'
"Perjalanan ke negeri abadi. Pergimu tak kembali. Damailah wahai sahabat kami. Semoga tempatmu di antara taman-taman syurgawi. Tabarakallah."
Begitulah hantaran sedih Facebook Sekolah Kebangsaan (SK) Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah susulan pemergian Cikgu Aini Rashida Azizan Selasa lalu.
Selain itu, dalam hantaran yang berbeza, mereka (pihak sekolah) turut memohon jasa baik seluruh warganya dan sahabat handai yang mengenali arwah agar dapat menghadiahkan pahala bacaan surah al-Fatihah.
"Semoga Allahyarham Cikgu Aini Rashida diampunkan segala dosanya dan ditempatkan di antara taman-taman syurga. Amin Ya Rabbal Alamin," catat mereka lagi.
Sementara itu, Sinar Bestari mendapati satu majlis bacaan Yassin yang disertai guru dan murid telah diadakan sebagai memperingati Allahyarham yang telah pergi.
Ia bertujuan memohon ketenangan dan rahmat untuk roh arwah di alam barzakh.
Dalam masa sama, warga maya yang mengenali Allahyarham Cikgu Aini Rashida turut melahirkan rasa sedih dengan pemergian guru muda ini.
Mereka tidak ketinggalan menitipkan ucapan takziah menerusi laman sosial Facebook SK Tikam Batu.
"Al-fatihah untuk arwah Teacher Aini," tulis Aziziyamin Norsham.
"ALLAH lebih menyayangi arwah," kata AR Rohim.
"Al-Fatihah. Insan baik selalu ALLAH sayang. Semoga cikgu ditempatkan dikalangan para solihin di syurga nan indah di alam sana," tutur Geeyda Ahmad.
"Salam takziah. Turut rasa berdukacita atas pemergiannya. Semoga roh Allahyarhamah mendapat tempat mulia disisiNya, tergolong dalam golongan ahli syurgaMu Ya Rob," ujar Aminah Binti Rahmat.