No Image Caption

Anugerah siswa ‘level up!’

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
13 Oct 2025 10:07am

Anugerah Tokoh Siswa Negara (ATSN) bukan sekadar lambang kejayaan tetapi simbol tanggungjawab dan kepercayaan terhadap keupayaan mahasiswa sebagai pemimpin masa depan.

Penganugerahan yang menghimpunkan pelajar terbaik seluruh negara ini bukti bahawa dunia kampus bukan sekadar medan menimba ilmu, malah ruang melatih kepimpinan, semangat kesukarelawanan serta keinsanan.

Sebanyak 11 kategori individu dipertandingkan meliputi kepimpinan, seni warisan, keusahawanan, sukan rekreasi, bicara siswa, inovasi, kesukarelawanan, khidmat komuniti, inklusiviti, perpaduan dan kelestarian siswa.

Ia turut menawarkan Anugerah Sinergi Kepimpinan termasuk Anugerah Penghargaan Khas Menteri Pendidikan Tinggi, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi serta Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.

Ikuti perkongsian Sinar Bestari tentang anugerah ini, jom!

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Anugerah Tokoh Siswa Negara adalah simbol tanggungjawab dan kepercayaan terhadap mahasiswa sebagai pemimpin masa depan
  • Penganugerahan ini menunjukkan pentingnya kampus sebagai tempat menimba ilmu dan melatih kepimpinan
  • Mempertandingkan 11 kategori individu termasuk kepimpinan dan keusahawanan
  • Termasuk Anugerah Sinergi Kepimpinan dengan penghargaan khas dari Menteri Pendidikan Tinggi
  • Artikel tersebut adalah jemputan untuk mengikuti perkongsian tentang anugerah ini
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp