No Image Caption

Di sebalik kamera, lahir keberanian

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
08 Dec 2025 09:46am

Di sebalik lensa kamera dan gema suara mengisi ruang siaran, tersembunyi kisah tentang keberanian yang sedang dibina.

TV Pusat Sumber Sekolah (PSS) bukan sekadar medan percubaan tetapi pentas awal yang membentuk keyakinan pelajar untuk berani mencuba, bersuara dan tampil ke hadapan.

Melalui produksi video dan kendalian audio siar secara langsung, pelajar didedahkan kepada dunia kewartawanan yang sebenar penuh cabaran, namun sarat dengan pembelajaran.

Di sinilah minat mula tumbuh, bakat diasah dan keberanian lahir perlahan-lahan, satu demi satu menjadikan sekolah bukan hanya tempat menimba ilmu tetapi gedung melahirkan insan berdaya saing dan berwawasan.

Program Jelajah Literasi Digital TV PSS Sinar Bestari 2025 bersama Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dijalankan untuk menyebarkan ilmu kewartawanan kepada murid.

Jom, kita saksikan!

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Di sebalik lensa kamera dan gema suara mengisi ruang siaran, tersembunyi kisah tentang keberanian yang sedang dibina
  • TV Pusat Sumber Sekolah (PSS) bukan sekadar medan percubaan tetapi pentas awal yang membentuk keyakinan pelajar untuk berani mencuba, bersuara dan tampil ke hadapan
  • Melalui produksi video dan kendalian audio siar secara langsung, pelajar didedahkan kepada dunia kewartawanan yang sebenar penuh cabaran, namun sarat dengan pembelajaran
  • Di sinilah minat mula tumbuh, bakat diasah dan keberanian lahir perlahan-lahan, satu demi satu menjadikan sekolah bukan hanya tempat menimba ilmu tetapi gedung melahirkan insan berdaya saing dan berwawasan
  • Program Jelajah Literasi Digital TV PSS Sinar Bestari 2025 bersama Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dijalankan untuk menyebarkan ilmu kewartawanan kepada murid
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp