No Image Caption

Impak dunia siber kepada pelajar

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
30 Jun 2025 12:00am

Dalam dunia serba moden kini, hampir semua perkara dilakukan secara dalam talian seperti belajar, membeli-belah, berkomunikasi dan menyimpan maklumat peribadi.

Namun, tanpa disedari masyarakat boleh menjadi mangsa kepada jenayah digital seperti pencerobohan data, penipuan e-mel, penggodaman akaun media sosial dan banyak lagi.

Itulah pentingnya keselamatan siber iaitu satu bidang yang melindungi sistem maklumat dan privasi daripada ancaman tidak diundang.

Ringkasnya, keselamatan siber merupakan langkah untuk menjaga keselamatan dalam dunia maya.

Makin ramai celik digital, makin penting untuk kita faham dan amalkan keselamatan siber dalam kehidupan seharian.

Kali ini, Sinar Bestari ketengahkan tentang keselamatan siber untuk pengetahuan para pelajar.

Mari kita terokai tentang perkara ini!

 

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp