No Image Caption

Gelanggang kecil, impian bertaraf dunia

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
16 Nov 2026 12:00am

Silat bukan sekadar seni mempertahankan diri yang menuntut ketangkasan fizikal, malah menjadi medan membentuk keberanian, disiplin dan keyakinan diri dalam kalangan generasi muda.

Menyedari potensi besar sukan warisan ini, Kejuaraan SSJF Cup 3.0 terus membuka ruang kepada pesilat muda untuk mengembangkan bakat, menguji kemampuan dan menimba pengalaman menerusi pertandingan yang menghimpunkan peserta dari pelbagai peringkat usia.

Menghimpunkan seramai 1,288 pesilat daripada 79 pasukan dari Malaysia, Indonesia dan Kazakhstan, kejohanan anjuran Kelab Silat Olahraga Wira Titiwangsa (KSOWT) itu bukan sekadar medan merebut pingat, sebaliknya membawa misi lebih besar dalam memperkukuh pembangunan silat di peringkat akar umbi.

Bersama Sinar Bestari memburu skil dan peluang untuk menyertai silat mempertahankan diri.

Jom hayati warisan bangsa!

 

 

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp